Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor

Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor
link : Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor

Baca juga


Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor

PAS mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang baharu termasuk senarai pesuruhjaya negeri bagi sesi 2017 / 2019 yang antara lain menyaksikan Datuk Iskandar Samad yang mengekalkan jawatan Naib Presiden 'digugurkan' sebagai Persuruhjaya PAS Selangor.

ADUN Sabak yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Sallehen Mukhyi dilantik ganti Iskandar untuk jawatan itu.

Orang lama PAS,Datuk Mustapha Ali yang merupakan bekas Setiausaha Agung PAS kini tidak lagi jadi Pengarah Pilihanraya PAS.

Jawatan itu kini disandang oleh Setiausaha Politik kepada Presiden PAS yakni Dr Ahmad Samsuri Mokthar.

Bekas Speaker DUN Terengganu, Datuk Husin Awang, dilantik Pesuruhjaya PAS Terengganu menggantikan Saiful Bahri Mamat.

ADUN Puteri Wangsa (Johor), Abdullah Hussin menggantikan Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Johor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pertama selepas Muktamar PAS dekat Alor Star hujung minggu lalu menjelaskan Iskandar diberi tanggongjawab baru bersama dua Naib Presiden PAS lain.

Beliau akan kawal selia bahagian tengah dan selatan semenanjung iaitu Selangor, Negri Sembilan, Malacca and Johor untuk pilihanraya umum ke 14.

Datuk Nik Mohamad Amar kawasan timur manakala Idris Ahmad bahagian utara.

Dua Naib Presiden itu juga bukan Persuruhjaya PAS Negeri.

Mustapha Ali pula kini akan berfungsi sebagai penasihat kepada Presiden PAS.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula diberi jawatan menguruskan hal ehwal parti di luar negara termasuk menjaga kebajikan anggota parti.

Berikut adalah senarai AJK PAS Pusat yang diumumkan parti itu pada Ahad:

Setiausaha Agung: Datuk Takiyudin Hassan

Bendahari: Razman Zakaria menggantikan Mohammad Nor Mohamad

Ketua Penerangan: Nasrudin Hassan

Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menggantikan Datuk Mustafa Ali

Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi

Ahli Jawatankuasa Pusat yang dilantik:
Ahli Jawatankuasa 1 : Mohd Sanusi Md Nor
Ahli Jawatankuasa 2 : Saiful Bahri Mamat
Ahli Jawatankuasa 3 : Mohamad Hussain
Ahli Jawatankuasa 4 : Dr Mohd Khalid Kassim
Ahli Jawatankuasa 5 : Zainal abidin Kidam
Ahli Jawatankuasa 6 : Datuk Dr Abdul Hakeem Johari
Ahli Jawarankuasa 7 : Wan Rohimi Wan Daud

Selain mereka ada 18 orang Ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang menang bertanding jawatan semasa pemilihan di muktamar PAS.

Pesuruhjaya PAS Negeri:

1. Kelantan - Datuk Ahmad Yaakob

2. Terengganu - Datuk Husin Awang menggantikan Saiful Bahari Mamat

3. Perlis - Mohd Shukri Ramli

4. Perak - Razman Zakaria

5. Selangor - Sallehen Mukhyi menggantikan Datuk Iskandar Abdul Samad

6. Sabah - Paumin @ Mohd Aminuddin Aling

7. Sarawak - Jofri Jaraiee

8. Wilayah Persekutuan - Mohammad Noor Mohamad

9. Melaka - Kamarudin Sidek

10. Kedah - Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi

11. Johor - Abdullah Hussin menggantikan Datuk Dr Mahfodz Mohamed

12. Pulau Pinang - Mohd Fauzi Yusof

13. Pahang - Rosli Abdul Jabar

14. Negeri Sembilan - Mustafa Daharun

Takiyuddin juga memberitahu mesyuarat hari ini  tidak menyentuh secara menyeluruh berhubung kerjasama politik atau tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Rakyat ( PKR) kerana menunggu keputusan daripada Mesyuarat Majlis Syura Ulama (MSU).

Menurut beliau usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR yang diluluskan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 itu hanya diberi tumpuan "sepintas lalu".

"Ia hanya sepintas lalu.Kami menunggu keputusan MSU yang sehingga kini masih belum diketahui bila akan diadakan, " katanya.

 Takiyuddin juga kata , mesyuarat kali ini turut tidak menyentuh mengenai pergolakan politik yang berlaku di Selangor setelah PAS mengambil keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

"Bulan Jun nanti kita akan adakan mesyuarat PAS Pusat, pada masa itu kita akan bincangkan mengenai masalah politik semasa yang berlaku," katanya.

Tambahnya lagi, PAS tidak akan mengambil berat mengenai andaian, analisa atau telahan pihak luar yang mengatakan PAS akan rugi besar jika tetap untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

" Itu andaian...itu analisa...pihak luar berhak membuat andaian mereka. Dipihak PAS, kami tahu apa yang kami lakukan dan kami ada alternatif serta perancangan terhadap apa yang kami buat.

" PAS sudah wujud selama 66 tahun, kita akan mengambil kira setiap keputusan yang diambil. Kami juga ada jabatan penyelidikan untuk membuat perancangan atas setiap keputusan yang dibuat," katanya.

Bercakap mengenai nama-nama di dalam Ahli Jawatankuasa Kerja PAS bagi sesi kali ini, beliau yakin nama yang tersenarai mampu menguatkan parti itu dalam menempuh pilihan raya umum akan datang.

Kebanyakan nama yang dilantik merupakan daripada golongan profesional dan berkebolehan untuk menghadapi PRU akan datang.


Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor

Sekianlah artikel Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/tentu-ada-sebab-ni-iskandar-samad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tentu Ada Sebab Ni!!!! Iskandar Samad 'digugurkan' sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor"

Posting Komentar