Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ

Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ
link : Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ

Baca juga


Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ

MALAYSIAKINI

Dua hari selepas disindir presiden FAM, hari ini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, membuka mulutnya mengulas isu berkenaan.

Namun hanya beberapa baris yang dilafazkan oleh Khairy. Dan ia dilihat lebih kepada keengganan beliau memanjangkan isu berkenaan.

"Saya rasa tidak ada apa-apa kebaikan yang boleh datang daripada saya (jika saya) menjawab isu tersebut," katanya kepada media di parlimen hari ini.

Ditanya lebih lanjut, anggota parlimen Rembau itu tetap menjelaskan beliau tidak mahu memberi sebarang komen lebih banyak.

"Saya rasa tak ada apa-apa benefit (manfaat) dalam menjawab kenyataan itu," katanya.
Khairy sebelum itu menghadiri majlis penyerahan watikah kepada anggota parlimen belia.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan ketiadaan Khairy selaku menteri belia dan sukan pada perlawanan akhir piala FA 20 Mei lalu.

Malah, Tengku Mahkota Johor itu turut menasihati Khairy agar tidak memilih untuk hanya hadir ke majlis yang menjadikan dirinya sebagai tumpuan.

Menurut Tunku Ismail, beliau dimaklumkan Khairy terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut.

Perlawanan akhir Piala FA 2017 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Mei lalu lalu menyaksikan pasukan Kedah bertemu Pahang.

Ia turut disaksikan tiga kerabat diraja iaitu dari Kedah, Johor dan Pahang.

Perlawanan sengit dan menghiburkan itu berakhir dengan skukad Helang Merah menundukkan Tok Gajah 3-2.




Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ

Sekianlah artikel Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/tak-ada-faedah-jawab-tmj-kata-kj.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak ada faedah jawab TMJ, kata KJ"

Posting Komentar