PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF

PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF
link : PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF

Baca juga


PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF

Pengerusi Program Malaysia Berselawat Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah menggesa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan seorang wartawan portal berita untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada beliau bagi membersihkan namanya susulan dakwaan dan laporan salah yang dikeluarkan kedua-dua individu itu.

Ini susulan dakwaan yang dikeluarkan Rafizi pada Selasa yang mendakwa Pengerusi Yayasan Al-Abrar menerima RM5 juta menerusi akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara tidak langsung mengaitkan dirinya sebagai pengerusi yayasan tersebut.

Menjelaskan perkara itu, Syed Mehdhar menafikan pernah memegang jawatan sebagai pengerusi yayasan tersebut seperti yang didakwa oleh kedua-dua individu berkenaan.

“Saya hanya dilantik sebagai Pengerusi Program Malaysia Berselawat oleh pihak Yayasan Al-Abrar bagi tujuan mengendali, mengurus dan memastikan program berkenaan berjalan lancar di Stadium Bukit Jalil, pada 7 Dis 2013.

“Istilah pengerusi yayasan dan pengerusi program tersebut merupakan dua perkara yang jelas berbeza, pengerusi program dilantik oleh pihak penganjur iaitu Yayasan Al-Abrar yang bersifat sementara manakala pengerusi yayasan adalah suatu jawatan yang dipegang berdasarkan ketetapan yayasan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini Isnin.

Rentetan dakwaan tersebut, Syed Mehdhar berkata beliau dihubungi wartawan portal itu untuk mendapatkan penjelasan namun kenyataannya diputar belit dan ditular dengan laporan berita bertajuk “Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata Pengerusi Yayasan Al-Abrar pada Rabu lalu.”

“Tajuk tersebut memberi gambaran secara langsung atau tidak langsung kepada umum bahawa saya selaku Pengerusi Yayasan Al-Abrar tidak tahu menahu mengenai akaun, sumber dan aspek pengurusan kewangan yayasan itu tetapi hakikatnya saya bukanlah pengerusi yayasan seperti dakwaan kedua-dua individu tersebut,” katanya.

Justeru Syed Mehdhar berkata Rafizi dan wartawan tersebut perlu memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan nama baik, maruah dan kredibilitinya yang tercalar akibat fitnah tersebut.

“Kedua-dua mereka perlu membuat semakan dan siasatan terperinci dengan mendapatkan sumber maklumat yang tepat dan sah di sisi undang-undang berhubung hal ehwal pendaftaran pertubuhan Yayasan Al-Abrar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa dakwaan dan tulisan terhadap saya,” katanya.


PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF

Sekianlah artikel PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/pengerusi-program-malaysia-berselafizi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PENGERUSI PROGRAM MALAYSIA BERSELAFIZI DAN PORTAL BERITA MOHON MAAF"

Posting Komentar