PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" !

PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" !
link : PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" !

Baca juga


PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" !

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengambil keputusan tidak keluar daripada kerajaan Selangor walaupun tiada hubungan dengan 2 parti lain yang menganggotai pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Keputusan itu dicapai parti itu hari ini, di sebalik seruan supaya parti itu mengarahkan 3 exconya dalam kerajaan Selangor untuk meletak jawatan.
“Seperti dimaklumkan sebelum ini mereka dilantik oleh Tuanku Sultan Selangor,” kata pemangku presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menjalankan tugas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di hospital.
“Biarlah pentadbiran berjalan dengan lancar dan kita tidak ingin mengganggu. Jika ada keputusan baru, kami akan maklumkan,” katanya selepas mesyuarat yang berjalan lebih 2 jam di ibu pejabat PAS hari ini.
Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan sekali lagi memetik Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, sambil berkata exco hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan Sultan Selangor.
“Ini yang dipegang PAS sekarang – selagi diperkenan Sultan Selangor.
“(Berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor ) mana-mana exco yang ingin meletakkan jawatan boleh berbuat demikian pada bila-bila masa. Dalam konteks Selangor, soal letak jawatan tak timbul,” katanya.
Namun katanya, PAS menyerahkan kepada Azmin sama ada mahu membawa isu itu kepada Sultan Selangor.
“PKR sendiri menunggu (keputusan) menteri besar. MB perlu meminta perkenan tuanku dan kami serahkan kepada tuanku…Kita akan membuat keputusan (baharu) apabila tiba masanya nanti.”
Tiga exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, di samping ramai pegawai kerajaan dan ahli majlis peringkat kerajaan tempatan.
Timbalan Speaker Selangor Shafie Ngah juga daripada PAS.
Muktamar PAS pada 30 April lepas sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi”, atau kerjasama politik, dengan PKR. Keputusan itu diluluskan Majlis Syura Ulama PAS Khamis lepas. #sumber


PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" !

Sekianlah artikel PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/pas-tetap-tidak-akan-berganjak-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Tetap "Tidak Akan Berganjak" Dari "Kerajaan Negeri Selangor" !"

Posting Komentar