Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir

Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir
link : Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir

Baca juga


Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir

MACAM manalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ikhlas dengan pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bukankah Dr. Mahathir menutup peluangnya setiap inci untuk menjadi ketua sebenar PPBM?

Belum pernah dalam sejarah mana-mana parti politik di negara ini wujud dua nakhoda dalam satu kapal. UMNO jauh sekali.

Kalau ada pun percubaan untuk berbuat demikian dalam UMNO, ia terjadipun semasa era Dr. Mahathir sebagai presiden. Semasa itu timbalan beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim nyaris menyingkirkannya dengan `bercakap depan lain, belakang lain' termasuklah ketika ketiadaan presiden dalam negara.

Namun muslihat Anwar berjaya dicium dengan pantas oleh Dr. Mahathir, lantas menyingkirkannya apabila dia yang kini Ketua Umum PKR terpalit dengan isu moral.

Darah `diktator' tersemat utuh dalam diri Dr. Mahathir. Meskipun tidak lagi bergelar presiden kepada UMNO, parti sandaran orang Melayu itu, `aura Mahathirisme' mengalir ke PPBM.
Mangsanya kini siapa? Sudah tentu Muhyiddin. Selaku presiden parti, sepatutnya Muhyiddinlah yang paling berkuasa dalam menentukan dasar dan hala tuju partinya.

Seperti mana operasi syarikat, presiden umpama pengarah urusan atau ketua pegawai eksekutif (CEO) manakala pengerusi cuma sekadar menampilkan diri sahaja.
Situasi ini bagaimanapun tidak berlaku dalam PPBM. Mahathir pula nampaknya dominan. Mahathirisme mendominasi laporan-laporan berkaitan PPBM dalam blog, portal dan akhbar-akhbar pembangkang mahupun akhbar arus perdana.

Kerana itu tidak hairanlah Muhyiddin menjadi mangsa PPBM Perak yang mendesaknya supaya meletak jawatan sebagai presiden parti itu.

Ya, benar kata Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar bahawa desakan yang dibuat sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak itu setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.?

Muhyiddin bertanggungjawab pada kepincangan itu kerana betul dia memang tidak ikhlas terhadap Dr. Mahathir.

Tidak ikhlas kerana beliau sudah semakin bosan dan bengang dengan kerenah dan gelagat `diktatorisme' Dr. Mahathir yang sentiasa mahu menjadi ketua.
Dan menjadikan Muhyiddin sekadar `melukut di tepi gantang' dalam PPBM.


Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir

Sekianlah artikel Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/muhyiddin-kian-bosan-diktatorisme.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Muhyiddin Kian Bosan `Diktatorisme' Mahathir"

Posting Komentar