McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing

McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing
link : McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing

Baca juga


McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Rangkaian restoran makanan segera McDonald's menyamak salah satu restorannya di Bukit Indah di sini ekoran tindakan sekumpulan remaja membawa anjing ketika menjamu selera.
 
McDonald's dalam satu kenyataan berkata proses pembersihan segera dilakukan di seluruh lobi restoran berkenaan dengan mengikut tatacara dan panduan daripada pegawai masjid berdekatan.
 
“Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu.
 
“Kami (McDonald’s Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami,” demikian kata kenyataan McDonald’s.
 
Gambar yang menunjukkan seekor anjing duduk di atas meja bersama sekumpulan remaja sedang tular di laman-laman sosial.
 
Ia mengundang pelbagai reaksi daripada pelayar Internet, terutama yang beragama Islam.
 
Sebagaimana memetik kenyataan McDonald's menerusi Harian Metro, mereka meluahkan rasa kesal terhadap insiden terbabit apatah lagi mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain.
 
Malah ia didakwa melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan yang melarang haiwan peliharaan dibawa ke kedai makan, serta peraturan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
 
 


McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing

Sekianlah artikel McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/mcd-samak-restoran-selepas-pelanggan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing"

Posting Komentar