Judul : Mahathir Bidas Rafizi
link : Mahathir Bidas Rafizi
Mahathir Bidas Rafizi
Mahathir Bidas Rafizi. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata senarai calon perdana menteri paling popular seperti yang diumumkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam tidak membawa apa-apa makna sekiranya pembangkang tidak memenangi pilihan raya akan datang.
“Kalau tak menang, sesiapa pun tak boleh jadi PM. Yang utama, menang. Kalau nak jadi calon, siapa pun boleh jadi,” katanya selepas program ceramah di Kampung Baru malam tadi.
Mahathir Bidas Rafizi. Semalam, Rafizi memberikan butiran hasil kajian oleh Invoke Malaysia yang diketuainya, melibatkan hampir 18,000 responden, bagi menunjukkan siapa pilihan menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
Rafizi berkata sebanyak 31% daripada mereka mahu mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, sementara 34.6% membuat pelbagai pilihan daripada 9 orang pemimpin pembangkang, termasuk dirinya, manakala selebihnya tidak menjawab.
Pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan paling banyak, iaitu 23.5%, diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%, Dr Mahathir (16.5%), dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (12.6%).
Mahathir Bidas Rafizi
Dr Mahathir berpendapat kajian seumpama itu lebih sesuai selepas Pakatan memenangi pilihan raya.
“Bila menang boleh buatlah. Kalau tak menang, bubuh nama, itu syok sendiri,” katanya kepada wartawan.
Sebelum ini, perselisihan tercetus antara PKR dan pemimpin pembangkang lain selepas perwakilan PKR membuat gimik sepanduk tertera “Anwar PM ke-7”, pada kongres parti yang dihadiri Dr Mahathir dan pemimpin PPBM lain.
Ia mengundang kritikan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkata PKR tidak sensitif, di samping kritikan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengundang kecaman Rafizi.
Dalam wawancara ekslusif bersama FMT baru-baru ini, Dr Mahathir berkata sebarang rancangan melantik perdana menteri perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.
Mahathir Bidas Rafizi
“Kita berjuang untuk menegakkan kedaulatan undang-undang. Tetapi, jika (selepas) berkuasa kita tidak mematuhinya, apa hak kita untuk menegur orang lain yang tidak mengikut undang-undang?” soalnya.
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, dan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya untuk 5 tahun selepas dibebaskan. - fmt
Iklan
Mahathir Bidas Rafizi
Sekianlah artikel Mahathir Bidas Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mahathir Bidas Rafizi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/mahathir-bidas-rafizi.html
0 Response to "Mahathir Bidas Rafizi"
Posting Komentar