Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka

Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka
link : Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka

Baca juga


    Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka

    ANTARAPOS.COM
     
    Post Pic
     
     
    MELAKA: Kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menghapuskan kegiatan judi haram yang terdapat di negeri Melaka, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
     
    Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa memandang serius perkara tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.
     
    "Semasa saya mula-mula menjadi Ketua Menteri dahulu, kita pernah menggubal undang-undang membenarkan pihak penguat kuasa memotong bekalan elektrik terhadap mana-mana premis menjalankan kegiatan judi haram,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri Melaka di sini pada Khamis.
     
    Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa menyanjung tinggi usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani kegaitan judi haram di negeri Melaka.
     
    Bagaimanapun, Idris enggan mengulas lanjut mengenai enam pegawai polis di negeri ini dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan dengan pengusaha pusat judi dan rumah urut haram di sekitar Melaka.
     
    Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri memberi wang tunai RM500 kepada 449 guru di negeri ini yang bersara mulai 1 Jan hingga 31 Dise 2017 sama ada mereka yang bersara wajib atau secara pilihan sebagai hadiah di atas sumbangan mereka mendidik anak bangsa.
     
    "Pemberian tersebut juga adalah ''buah tangan'' kerajaan negeri kepada guru-guru yang akan bersara sempena hari Raya Aidilfitri dan akan disampaikan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh wakil rakyat masing-masing sebelum hari raya," katanya.
     
    Idris berkata guru menjadi model kepada pelajar, jadi guru seharusnya mempunyai akhlak tinggi dan agar menjadi ikutan pelajar.
     
    Pada majlis itu, Othman Rejap, 71 tahun, Dr Rosnanaini Sulaiman, 62, Kamaruddin Abdullah, 73, dan Suboh Ma''soom, 63 dipilih sebagai tokoh guru bagi sambutan Hari Guru peringkat negeri.
     
    Kesemua pemenang menerima wang tunai RM3,000, sijil, pingat dan plak yang disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka



    Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka

    Sekianlah artikel Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

    Sudah dibaca Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/kerajaan-negeri-serah-kepada-pihak.html

    Subscribe to receive free email updates:

    0 Response to "Kerajaan negeri serah kepada pihak berkuasa hapus kegiatan judi haram di Melaka"

    Posting Komentar