Judul : Kedudukan tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan Khamis ini…
link : Kedudukan tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan Khamis ini…
Kedudukan tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan Khamis ini…
Nak tahu akhir cerita kedudukan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor selepas parti itu putuskan kerjasama politik dengan PKR kena tunggu Khamis ini.
Kata putusnya akan ditentukan oleh Jawatankuasa PAS Pusat seperti mana yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Khamis lalu.
Tarikh mesyuarat penting itu diberitahu oleh Mursyidul Amnya, Hashim Jasin kepada wartawan selepas satu majlis di Kepala Batas Ahad bila ditanya mengenai isu tiga Exco berkenaan.
"PAS pusat mempunyai lujnah politik yang bertugas sepenuh masa maka kita serah balik kepada mereka untuk menentukan kedudukan tiga exco Selangor daripada PAS," katanya.
Ini gara-gara timbul keributan sikit isu berkenaan ekoran ada media melaporkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang kecewa dengan sebab yang diberikan oleh Majlis Syura untuk bercerai dengan PKR telah minta tiga mereka letak jawatan.
Namun PAS Selangor serta tiga Exco berkenaan mendakwa Azmin sendiri tidak ada sebut minta mereka letak jawatan semasa pertemuan pagi Jumaat lalu.
Hashim bagaimana pun mengakui PAS telah menjangkakan PKR akan meminta anggota Exconya meletak jawatan selepas tahaluf siyasi atau kerjasama politik di antara parti itu dengan PKR dibatalkan.
Mursyidul Am kata berkemungkinan ada pihak lain yang lebih berkuasa untuk tidak membenarkan tiga Exco PAS itu meletak jawatan.
"Padahal Menteri Besar Selangor boleh rombak barisan exco itu, pasal apa beliau tidak berbuat demikian, itulah teka tekinya.
"Itulah sebabnya Majlis Syura menyerah balik kepada jawatankuasa PAS pusat untuk membuat keputusan mengenai kedudukan anggota Exco itu," katanya.
Majlis Syura Ulama PAS dalam mesyuaratnya di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur Khamis lalu sebulat suara mengambil keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR secara serta-merta.
Ia bagaimanapun menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk soal kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.
Majlis Ulama buat keputusan batalkan kerjasama politik dengan PKR kerana mendakwa PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara PAS dan PKR yang terjalin sejak sekian lama.
Selain itu menentang RUU355 yang dibentang Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Hashim juga tidak menolak kemungkinan untuk PAS menjalin tahaluf siyasi dengan UMNO pada masa akan datang.
Katanya, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam rundingan namun meletakkan syarat kerjasama berkenaan kelak mesti dipimpin oleh Islam.
"Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang telah menunjukkan minat," katanya.

Sekianlah artikel Kedudukan tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan Khamis ini… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kedudukan tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan Khamis ini… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/kedudukan-tiga-exco-pas-selangor-akan.html
0 Response to "Kedudukan tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan Khamis ini…"
Posting Komentar