Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu

Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu
link : Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu

Baca juga


Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu

ANTARAPOS.COM

Post Pic
   
 
MUAR: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an ditahan kerana dipercayai menyebarkan berita palsu dalam media sosial kononnya sebuah jet pejuang milik tentera sebuah negara yang berlegar di ruang udara di daerah ini menggugurkan sebutir bom di Sungai Muar pada Isnin.
 
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek ditahan di sekitar daerah ini bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lengkap berkaitan penyebaran berita tersebut.
 
"Polis masih meneruskan usaha mengesan penyebar berita berkenaan yang lain dan menasihatkan mereka yang terlibat supaya tampil untuk diambil keterangan," katanya dalam satu kenyataan.
 
Menurut Azman, antara individu dan pemilik akaun media sosial lain yang dicari ialah Mohd Salleh Ismail, Zue Aziz, Balingviral, Jebuk La, Md. Rafizi Misman, Mohamed Radzie, Rol Ea, Zack Abdul Karim, Zack Mozaff dan Zura Muar.
 
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.    
 
Polis daerah ini meminta orang ramai untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak tepat berkaitan pesawat pejuang tersebut.
 
Sejak beberapa hari lalu, satu rakaman suara berserta sebuah kenyataan ringkas milik seorang individu yang tidak dikenali identitinya menjadi tular dalam aplikasi WhatsApp apabila mendakwa beberapa jet pejuang milik Korea Utara berlegar di sekitar Muar dan Pagoh berikutan berniat untuk menjatuhkan bom di kawasan ini.
 
Bagaimanapun, tinjauan mendapati pesawat pejuang tersebut adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Kuantan, Pahang membuat latihan penerbangan rendah di daerah ini.



Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu

Sekianlah artikel Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/jet-pejuang-lelaki-dicekup-sebar-berita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jet pejuang: Lelaki dicekup sebar berita palsu"

Posting Komentar