Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah !

Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah !
link : Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah !

Baca juga


Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah !

KUALA LUMPUR: Saman fitnah Nurul Izzah Anwar berhubung tuduhan beliau seorang pengkhianat ditangguhkan hari ini selepas peguam mempersoalkan kewajaran Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diwakili peguam kerajaan.
Peguam Sivarasa Rasiah berkata anak guamnya mempersoalkan kewajaran Ismail, yang disaman bersama-sama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, diwakili oleh Jabatan Peguam Negara.
“Dia (Ismail) buat kenyataan yang kita anggap fitnah dalam satu majlis anjuran Umno, bukannya majlis rasmi dan bukan apa-apa yang berkaitan dengan tugas rasminya sebagai menteri.
“Isu yang disentuh dalam percakapan dia tidak ada kena mengena dengan tugasnya sebagai menteri. Dalam konteks itu, ada persoalan yang wajar kenapa peguam negara mewakilinya dalam kes ini,” katanya.
Khalid dan Ismail disaman Nurul Izzah susulan kenyataan mereka mengenai pertemuan naib presiden PKR itu dengan Puteri Jacel Kiram III, anak kepada Jamalul Punjungan Kiram III, orang yang mengaku pewaris takhta kesultanan Sulu yang pernah memerintah Sabah, dan menjadi dalang serangan ke atas Lahad Datu pada awal 2013.
Susulan pertemuan itu dilaporkan, Khalid pada 22 November 2015 berkata beliau akan memanggil Nurul Izzah untuk mengetahui sama ada terdapat pihak tertentu di negara ini yang merancang pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.
Khalid turut menyatakan Nurul Izzah mungkin disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Pada hari sama, Ismail berkata pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel adalah pengkhianatan kerana ahli keluarga terlibat dengan tragedi Lahad Datu.
Pertempuran di Lahad Datu antara sekumpulan pemisah dari Filipina tercetus pada 11 Feb 2013, dan tamat pada 24 Mac 2013, mengorbankan 56 militan dan 10 anggota tentera Malaysia.
Sivarasa berkata mahkamah hari ini mengarahkan plaintif dan defendan mencari penyelesaian melalui proses mediasi sebelum perbicaraan dilakukan.
“Kes ini belum dihantar kepada mediasi, ia amalan di Mahkamah Tinggi yang mana semua kes sebelum sampai ke bicara penuh perlu dihantar kepada mediasi. Ia satu percubaan untuk selesaikan kes,” katanya, dan menambah pihaknya bagaimanapun sedia untuk perbicaraan.
Sekiranya penyelesaian gagal, perbicaraan akan bermula pada 9 hingga 11 Ogos depan.
Nurul Izzah sebelum ini mempertahankan dirinya dan menjelaskan dia tidak pernah berkenalan dengan Jacel.
Jacel antara 15 tetamu yang dijemput penganjur program iaitu Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina pada 9 November 2015.
Nurul Izzah menjelaskan Jacel bergambar dengannya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Working Group on Arbitrary Detention) yang menggesa agar bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibebaskan. #sumber



Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah !

Sekianlah artikel Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/izzah-persoal-peguam-negara-bela.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Izzah Persoal Peguam Negara Bela Menteri Dalam Kes Saman Fitnah !"

Posting Komentar