Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf !

Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf !
link : Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf !

Baca juga


Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf !

PETALING JAYA: Sedang asyik memasak, tiba-tiba periuk di atas dapur meletup! Pasti menggelabah dan menakutkan bukan?

Itulah yang berlaku pada sebuah program yang disiarkan sebuah stesen televisyen berbayar, Sabtu lalu yang menjadi tular di laman Facebook.

Untuk makluman, program tersebut dikhaskan bagi mempromosikan barangan yang kebanyakannya adalah peralatan keperluan rumah.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan seorang chef sedang membuat demonstrasi masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80 peratus.

Bagaimanapun periuk yang digunakan itu secara tiba-tiba meletup dan lebih memalukan ia berlaku untuk sebuah program yang disiarkan secara langsung.

Insiden tersebut sekaligus mengundang kencaman netizen yang berasa tertipu dengan kata-kata manis dan kesungguhan pengacara mempromosikan barangan tersebut, malahan menyifatkan ianya tidak seperti apa yang digebangkan.

Berikutan insiden itu, program berkenaan tampil memberi kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka di Facebook, yang antaranya berbunyi seperti berikut:
"Berikutan siasatan, Go Shop ingin mengumumkan bahawa insiden yang berlaku ketika tayangan 'Live' kami mempromosikan alat memasak Cuoco Volcanic Rock pada 27 May 2017 di Saluran 118, merupakan kejadian terpencil. Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia kami bahawa produk tersebut berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.
"Bagi memastikan keselamatan pelanggan serta penggunaan produk yang betul, kami sedang bekerjasama dengan pengedar produk untuk menyediakan penutup kaca siap dipasang untuk semua pesanan. Di samping itu, untuk manfaat pelanggan, kami juga telah menyediakan video tutorial panduan langkah-langkah pemasangan produk yang betul di laman ShopAtGoShop Facebook dan YouTube.
"Kami memohon maaf sekali lagi atas sebarang kesulitan yang timbul dan memberi jaminan bahawa kami akan terus beriltizam dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik di Go Shop," tulis mereka. #sumber


Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf !

Sekianlah artikel Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/isu-periuk-atas-dapur-meletup-go-shop.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf !"

Posting Komentar