Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker?

Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker?
link : Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker?

Baca juga


Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker?

Belum lagi Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan tapi Exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sudah mengisytiharkan PAS negeri itu akan terus memberi sokongan kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, PAS juga masih bersama kerajaan negeri yang dipimpin PKR itu bagi membolehkan program kerajaan negeri dilaksanakan.

“Maka demi kestabilan kerajaan negeri ditegaskan di sini bahawa PAS masih bersama di dalam kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum 2013,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Exco-Exco juga akan terus memainkan peranan yang aktif dan berkesan di dalam kerajaan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008,” tambahnya lagi.

Hubungan PAS dan PKR mula tegang selepas Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah minggu lalu sepakat untuk memutuskan hubungan politik kedua-dua parti.

Namun, keputusan berkenaan masih tertakluk kepada mesyuarat Majlis Syura Ulamak parti Islam tersebut yang dijangka bertemu dalam masa terdekat.

PAS kini mempunyai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, selepas dua daripada pimpinannya menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Selain Iskandar, dua lagi anggota exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Dr Ahmad Yunus Hairi.


Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker?

Sekianlah artikel Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/iskandar-samad-isytihar-sokong-azminnak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker?"

Posting Komentar