HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN

HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN
link : HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN

Baca juga


HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN

Matlamat menuju kepada kemenangan pilihan raya terganggu apabila Pas mengambil sikap bermusuhan dengan satu persatu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, situasi Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu bercanggah dengan semangat permuafakatan dalam usaha menjatuhkan rejim Umno-BN.

“Pas naik perahu, kayuh, sampai tengah jalan cari macam-macam alasan. Mula-mula cari alasan (berpecah) dengan DAP. DAP kononnya menentang Islam.

“Kalau Pas tidak buat hal, dekat dah kita nak berjaya. Pas buat alasan terakhir pecah dengan PKR. Alasannya, PKR menentang hukum syarak yang dibawa Pas juga PKR khianati tahaluf siyasi dengan Pas.

“Dalam perjuangan parti politik di Malaysia ini, semua parti memerlukan perkongsian. Kena kongsi orang lain, baru boleh menang perintah Malaysia, perintah mana-mana negeri,” katanya dalam ceramah Pakatan Harapan di Panchor, Pengkalan Chepa kelmarin.

Menurut Penasihat Amanah Kelantan itu, “kayuhan” setiap parti di bawah Pakatan Harapan bagi memenangi pilihan raya bergantung kepada faktor demografi pengundi.

“Kita duduk dalam perahu masing-masing hendak kayuh sampai kepada tujuan. Amanah kayuh, DAP pun kayuh juga bukan duduk saja. DAP kayuh cara dia. DAP berlawan di kerusi-kerusi MCA, MIC dan Gerakan.

“Kalau kita nak kayuh ke situ, tak terdaya kita. Amanah kayuh di kawasan yang DAP tidak boleh kayuh. PKR kayuh cara dia di kawasan-kawasan campuran.

“Bersatu pun kayuh mula di kawasan BN. Dulu Mahathir kayuh bagi Umno-BN. Sekarang ini dia kayuh bagi Pakatan Harapan,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Mengulas lanjut hubungan Pas dan PKR, Husam berpendapat parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak harus lagi berada dalam kerajaan negeri Selangor.

“Sepatutnya bila PKR lawan agama, Pas sepatutnya tidak boleh duduk dalam kerajaan negeri Selangor, kalau ikut hukum dia sendiri kata.

“(Pas) Duduk dalam kerajaan Selangor bererti bersama kerajaan yang mengkhianati perjuangan Islam. Jadi, kenapa Pas duduk dalam kerajaan Selangor?” bidas bekas Naib Presiden Pas itu.

Sehubungan itu, beliau menganggap Pas hanya menganggap dirinya sahaja yang betul manakala pihak lain salah dengan pelbagai hukum diketengahkan.

“Sebelum titah Tuanku (Sultan Selangor) lagi Pas tidak mahu tinggalkan kerajaan Selangor. Pasal apa Pas tak mahu tinggal? Inilah yang kita kata politik Pas.

“Kalau dia (Pas) buat jadi lain. Kalau orang lain, mulalah bawa mari macam-macam hukum. Dia tengok kalau undur dari kerajaan (Selangor), dia tiada jawatan Exco.

“Dia (Pas) hilang 5,000 jawatan dalam kerajaan. Kalau dia bertanding pilihan raya akan datang, dia akan kalah,” tegas Husam lagi.


HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN

Sekianlah artikel HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/husam-dakwa-pas-musnahkan-impian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "HUSAM DAKWA PAS MUSNAHKAN IMPIAN PAKATAN HARAPAN"

Posting Komentar