Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor

Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor
link : Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor

Baca juga


Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor

Spekulasi bahawa Kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali akan bertukar tangan seolah-olah bakal menjadi realiti selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘tidak menolak kemungkinan’ berlaku peralihan kuasa pemerintahan di negeri itu.

Ahli Parlimen Marang itu memberi ‘bayangan’ susulan Majlis Syura Ulama PAS dijangka membuat keputusan memutuskan tahalul siyasi dengan PKR dalam masa terdekat.

“Biasalah, kemungkinan boleh berlaku,” katanya di Pulau Kapas, Khamis.

Semalam, wujud penyebaran mesej di media sosial bahawa enam ADUN termasuk empat daripada PKR mengadap Sultan Selangor, dipercayai sebagai tanda tidak menyokong Menteri Besar, Azmin Ali.

Kumpulan ADUN itu didakwa akan keluar parti dan seterusnya membentuk kerajaan negeri baharu bersama Barisan Nasional dan PAS.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh kepimpinan PKR serta ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail melalui Twitter miliknya kelmarin.

Sementara itu, Hadi berkata, semua pemimpin PAS di Selangor akan patuh kepada arahan kepemimpinan tertinggi jika keputusan putus hubungan dengan PKR dimuktamadkan.

“Kepatuhan kepada arahan adalah penting. Apa-apa pun tindakan, kita akan lihat perkembangan selanjutnya,” ujarnya.

Ditanya kemungkinan pilihan raya di negeri itu, diadakan lebih awal, Hadi berkata, perkara itu terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain berpandukan kepada perlembagaan negeri berkenaan.


Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor

Sekianlah artikel Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/hadi-bayangkan-peralihan-kuasa-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor"

Posting Komentar