Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup

Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup
link : Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup

Baca juga


Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah agresif untuk memerangi skim kewangan haram sebagai sebahagian daripada dasar tidak bertoleransi bank pusat itu terhadap pengendali dan pelabur yang sengaja mengambil bahagian dalam aktiviti kewangan haram.

Gabenornya, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, setakat 2 Mei lalu, institusi kewangan sudah menutup 238 akaun mencurigakan.
“Daripada jumlah itu, 108 akaun disenaraikan di bawah amaran pelanggan kewangan Bank Negara berikutan aduan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia, hari ini.
Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, individu atau perniagaan yang terlibat dalam aktiviti kewangan haram boleh didenda sehingga RM50 juta dan dipenjarakan 10 tahun.
Akta itu menyediakan peraturan dan pengawalseliaan institusi kewangan, sistem pembayaran dan entiti relevan lain dan pengawasan pasaran wang serta pasaran pertukaran asing bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan bagi perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan.
“Apa-apa juga pelaburan yang menawarkan pulangan lebih daripada 20% adalah tidak realistik,” katanya sambil menambah amanah saham adalah pengurus portfolio terbaik kerana ia menawarkan pulangan kira-kira 6 hingga 7%.
Beliau menjelaskan akaun yang sangat meragukan akan ditutup dan wang dikembalikan kepada pemilik akaun manakala dana hanya akan disita atau dibekukan sekiranya diarahkan mahkamah. #sumber


Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup

Sekianlah artikel Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/gabenor-libat-aktiviti-kewangan-haram.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gabenor: Libat Aktiviti Kewangan Haram, Punca 238 Akaun Bank Di Tutup"

Posting Komentar