Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS

Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS
link : Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS

Baca juga


Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS

Sudah berkali-kali diberi peringatan bahawa masjid merupakan tempat beribadat bukan tempat berpolitik tapi PKR Selangor yang merupakan kerajaan negeri sentiasa berdegil.

Terbaru, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan Ahli Parlimen PKR Subang, R Sivarasa, yang dikatakan memasuki dan memberi ceramah di sebuah masjid minggu lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.

"Saya dimaklumkan, Sultan Selangor murka dengan tindakan ahli parlimen itu.

"Seperti mana ucapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada Majlis Berbuka puasa Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam, semua pengurusan masjid perlu akur tidak membenarkan penceramah tiada tauliah memberi ceramah.

"Pengurusan masjid terbabit juga sudah dipanggil Jumaat lalu untuk memberi keterangan mengenai insiden itu dan kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Istana Selangor," katanya dipetik daripada BH Online.

Rabu lalu, Sivarasa dikatakan memasuki Masjid An-Nur Kg Melayu Subang, sebagai mewakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa memberikan ceramah ketika berada dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak.

Semalam, ketika berucap, Mohd Adzib berkata, masih ada penceramah yang secara terang mengajar di masjid dan surau di Selangor atau tempat awam tanpa tauliah, sekali gus melanggar peraturan yang ditetapkan.

Mohd Adzib berkata, MAIS menyokong sepenuhnya Operasi Tauliah yang dijalankan oleh JAIS ketika ini bagi memastikan penceramah yang dijemput mempunyai tauliah daripada MAIS.

Terdahulu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada JAIS hari ini, membabitkan tindakan Sivarasa itu.

Antara kandungan memorandum itu termasuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berkenaan yang dilihat seakan-akan memperlekehkan agama Islam.

Setiausaha Agong Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Datuk Khairul Khuzaini Zamsani berkata, pihaknya bersama NGO dari Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (PERMAS), Wakil Penduduk Kota Damansara; dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS) menyerahkan memorondum berkenaan kepada wakil JAIS.


Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS

Sekianlah artikel Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/bebal-otak-pemimpinan-ph-nisultan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS"

Posting Komentar