Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS

Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS
link : Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS

Baca juga


Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS

PETALING JAYA: PKR mahu mendapatkan kepastian daripada PAS berhubung ketetapan Majlis Syura Ulama membatalkan “tahaluf siyasi” sebelum memberikan sebarang komen.
Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR tidak boleh memberi komen sehingga mendapat sesuatu yang rasmi dari PAS.
“Tak boleh bincang lagi, sebab sekarang ini ia sedang dibincangkan di peringkat majlis tertinggi PKR,” katanya ketika dihubungi.
“Biar kami dapatkan kepastikan dari PAS. Setelah itu kita bincang dalam kalangan PKR untuk kita putuskan tindakan selanjutnya.”
Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta-merta, “kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam”.
Majlis menyenaraikan 3 pelanggaran, dipercayai sebab utama, yang menyebabkan keputusan itu.
“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU355.
“Melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS,”
“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.
Ia sudah dijangka, kerana ia diangkat daripada usul yang diluluskan perwakilan PAS dengan sebulat suara di mesyuarat agung tahunan parti di Kedah baru-baru ini.
Dengan keputusan ini, pintu terbuka kepada pertembungan antara PAS dan PKR di semua kerusi PKR, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.
Mengenai kedudukan PAS di Selangor, Zawawi mengumumkan majlis mengambil keputusan untuk menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran di negeri itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
“Ia juga dilakukan dengan merujuk kepada maslahat dan kepentingan Islam dan rakyat,” katanya.
PAS, bersama-sama PKR dan DAP menawan negeri itu daripada Barisan Nasional pada pilihan raya 2008 dan membentuk kerajaan bersama sehingga ke hari ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan PAS Selangor sebelum ini menolak semua cadangan merombak pentadbiran kerajaan negeri.
PAS mempunyai 3 exco di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan. Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor juga daripada PAS.
Selepas perpecahan dan letak jawatan atau pemecatan, kedudukan sekarang menyaksikan PKR mempunyai 12 kerusi, DAP 14 kerusi, PAS 13 kerusi, BN 12 kerusi, Amanah 2 kerusi dan Bebas 2 kerusi. #sumber


Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS

Sekianlah artikel Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/batal-tahaluf-siyasi-pkr-mahu-dapatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Batal "Tahaluf Siyasi", PKR Mahu Dapatkan Kepastian Daripada PAS"

Posting Komentar