ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur

ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur
link : ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur

Baca juga


ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur

Kesemua sepuluh ADUN Umno di Pulau Pinang hari ini memakai riben putih pada kemeja mereka kerana yakin pentadbiran amanah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sudah terkubur.

Ini berikutan keputusan Speaker Dewan, Datuk Law Choo Kiang yang juga ADUN PKR, untuk menolak usul mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng berundur sementara sehingga selesai perbicaraan kes rasuahnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata tindakan menolak usul itu tanpa dibahas atas alasan teknikal amat dikesali.

ADUN Ayer Tawar itu menegaskan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dicanang oleh Guan Eng ditolak oleh beliau sendiri dan kerajaan negeri pimpinannya.

Beliau berkata penolakan usul itu tanpa dibahas menunjukkan niat buruk kerajaan negeri menutup mulut pembangkang mengenai isu-isu penting melibatkan amanah rakyat.

Jahara dan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad sebelum ini mengemukakan usul meminta Guan Eng melepaskan semua jawatan awam beliau sehingga perbicaraannya selesai.

Beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran untuk kegunaan peribadi dan menyalahguna kuasa berhubung penukaran status sebidang tanah.

Speaker DUN bagaimanapun menolak usul itu kerana kononnya kes Guan Eng itu tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada bersabit penjawat awam yang disabit kesalahan jenayah.

Jahara menegaskan usul itu dikemukakan demi kepentingan awam dan hanya bertujuan  meminta Guan Eng berundur sementara atas prinsip kebertanggungjawaban.
 
“Speaker berlaku tidak adil kerana menggunakan peruntukan undang-undang yang salah untuk menolak usul kami.

“Kami merujuk keperluan Ketua Menteri untuk meletak jawatan sehingga kes mahkamahnya selesai demi membela integriti jawatan itu,” kata beliau.

Farid berkata usul yang dikemukakan menekankan perlunya penjawat awam termasuk Ketua Menteri yang menghadapi perbicaraan kes jenayah meletak jawatan sehingga keputusan mahkamah di ketahui.

“Bagaimanapun Speaker DUN menggunakan undang-undang mengenai penjawat awam yang di sabit kesalahan untuk menolak usul kami.  Ia adalah dua perkara berbeza dan keputusannya tidak masuk akal,” kata beliau. 


ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur

Sekianlah artikel ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/adun-bn-anggap-cat-guan-eng-terkubur_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur"

Posting Komentar