Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi

Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi
link : Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi

Baca juga


Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi

SHAH ALAM: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Adam Rosly bertegas, beliau kini sudah hilang sabar dengan perilaku Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Adam dalam satu kenyataan berkata, beliau dan beberapa pemimpin parti telah lama bersabar dengan beliau bagi memelihara perpaduan dan reputasi PKR.
"Bagaimanapun, demi kepentingan parti dan orang ramai, saya tidak boleh berdiam diri lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu kata Adam, beliau kini tidak lagi boleh mendiamkan diri berhubung kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW).
"Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.
"Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka," katanya lagi.
Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap PKR dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, Adam menggesa Rafizi mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini berkaitan isu berkenaan.
"Iaitu jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW," katanya.
Dalam pada itu, tegas Adam, Rafizi juga perlu menyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini.
"Dan menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.
"Sekiranya Rafizi  gagal mematuhi tuntutan ini , saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Kerana kita perlu memelihara keyakinan orang ramai terhadap PKR dan Pakatan Harapan," katanya lagi. - SINAR HARIAN


Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi

Sekianlah artikel Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/adam-rosly-dah-lama-sabar-dengan-rafizi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi"

Posting Komentar