21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib

21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib
link : 21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib

Baca juga


21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib

 Seramai 21 pegawai dan anggota polis ditahan di seluruh negara menerusi Op Kabaddi kerana disyaki terbabit melindungi kegiatan jenayah termasuk sindiket pengedaran dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata semua suspek terbabit ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA).

Op Kabaddi dilancarkan awal bulan ini bagi membanteras anggota pasukan itu yang terbabit  melindungi kegiatan jenayah.

"Siasatan polis masih berjalan dan di peringkat pengurusan kita akan lihat kelemahan dalaman yang ada untuk ditambah baik," katanya selepas Perbarisan Tamat Latihan 604 pelatih Kadet Inspektor Siri 2/2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada 13 Mei lepas, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan terdapat pegawai kanan polis di Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia 'melindungi' sindiket pengedaran dadah yang sepatutnya mereka tumpaskan.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan pasukan tindakan khas mula menahan pegawai dan anggota  yang terlibat sejak minggu lepas dengan ada antaranya berpangkat timbalan superintendan serta inspektor.

Mengulas mengenai tujuh pegawai dan anggota polis di Melaka yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau berkata kesemua mereka masih ditahan dan disiasat suruhanjaya itu.

Noor Rashid berkata pihaknya kini mempertimbangkan cadangan membuat pertukaran tempat kerja lebih kerap untuk anggotanya bagi mengelak mereka terjebak dalam kegiatan tidak beretika.

"Aspek integriti dan amanah ditekankan dalam pemilihan di tempat atau jawatan sensitif kerana mereka perlu mempunyai ketahanan untuk tolak godaan (rasuah)," katanya. 


21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib

Sekianlah artikel 21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/21-pegawai-anggota-ditahan-dalam-op.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "21 pegawai, anggota ditahan dalam Op Kabaddi...Syabas PDRM DiBAwah Kerajaan Najib"

Posting Komentar