Judul : Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS
link : Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS
Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS
Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Pas menerima dana daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai pembohongan besar dan tidak berasas.
Sehubungan itu, Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang meminta agar pemimpin PKR itu segera bertaubat.
"Apa yang didakwa Rafizi itu (Pas terima dana daripada 1MDB) merupakan satu tuduhan bohong 300 peratus.
"Tapi dosa dia dengan Tuhan (sebab fitnah) dia kena bertaubat," katanya ketika ditemui dalam majlis menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, malam tadi.
Kepulangan pemimpin utama Pas itu disambut ribuan penyokong bagi meraikan kejayaan beliau selepas membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai pemimpin kanan Pas menerima dana daripada 1MDB.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Hadi turut meminta orang bukan Islam memberi kerjasama serta tidak mengganggu isu RUU 355 demi perpaduan masyarakat majmuk di di negara ini.
Jelasnya lagi, usul berkenaan perlu disokong seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman dan parti bagi memperkasakan lagi undang-undang syariah.
Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS. "Malah, kita juga sedia untuk beri penjelasan kepada orang bukan Islam mengenai RUU 355 ini agar mereka memahami dengan lebih jelas," katanya. - sinar
Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS
Sekianlah artikel Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/tuduhan-rafizi-bohong-300-peratus-dakwa.html
0 Response to "Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS"
Posting Komentar