Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius...

Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius...
link : Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius...

Baca juga


Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius...

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli perlu mengemukakan rekod dan statistik penglibatan hakim syarie dengan jenayah rasuah seperti mana dakwaannya untuk membuktikan beliau seorang ahli politik yang telus dan tidak suka berbohong.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, dakwaan Ahli Parlimen Pandan itu bahawa rekod hakim mahkamah syariah terlibat dengan rasuah adalah lebih tinggi daripada hakim mahkamah sivil merupakan tuduhan serius.

Katanya, sedangkan semenjak mahkamah syariah ditubuhkan, hanya satu sahaja kes seorang hakim syarie yang disabitkan dengan kesalahan rasuah dan itu pun bukan melibatkan jumlah wang yang banyak.

“Sebab itu, kenyataan Rafizi tersebut telah menjatuhkan martabat mahkamah syariah dan menjatuhkan maruah sahabat-sahabat kami hakim-hakim syariah.

“Oleh yang demikian, PGSM meminta Rafizi menarik balik dakwaan dan kenyataan tidak berasas tersebut serta memohon maaf secara terbuka kepada semua hakim-hakim syariah dan seluruh umat Islam,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

PGSM berkata demikian sebagai reaksi kepada video ucapan Rafizi yang tular pada 12 April lalu mengatakan rekod hakim mahkamah syariah terlibat dengan rasuah adalah lebih tinggi daripada hakim mahkamah sivil.

Sementara itu, tambah Musa, PGSM percaya bahawa hakim-hakim mahkamah syariah berpegang kepada nas-nas agama dalam menjalankan tugas mereka, takwa serta percaya kepada balasan akhirat yakni syurga dan neraka, mengatasi imbuhan dunia yang sedikit.?

“Peguam syarie sebagai sahabat mahkamah sentiasa memberi peringatan dan nasihat kepada hakim syarie untuk menjauhi perkara-perkara seperti yang didakwa oleh Rafizi,” jelasnya.


Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius...

Sekianlah artikel Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/tuduh-rafizi-hakim-mahkamah-syariah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tuduh Rafizi hakim mahkamah syariah banyak makan rasuah serius..."

Posting Komentar