Judul : Salleh: Malaysia 'Langsung Tiada' Dalam Senarai 100 Negara Paling Korup
link : Salleh: Malaysia 'Langsung Tiada' Dalam Senarai 100 Negara Paling Korup
Salleh: Malaysia 'Langsung Tiada' Dalam Senarai 100 Negara Paling Korup
Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, pada 24 Januari lalu, CNBC menyiarkan laporan menyebut 10 negara paling korup di dunia ialah Somalia, Sudan Selatan, Korea Utara, Syria, Yaman, Sudan, Libya, Afghanistan, Guinea-Bissau dan Venezuela.
“The New York Times juga menyiarkan laporan pada 9 Disember 2016 dengan menyatakan perkara sama, dan begitu juga dengan akhbar The Independent di UK (United Kingdom) pada 25 Januari 2017 dan Fortune.com pada hari sama.
“Bulan lepas, pada 14 Mac 2017, CheatSheet menyenaraikan 15 negara paling korup di dunia dan Malaysia masih tidak berada dalam senarai itu,” kata Salleh menerusi catatan blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Beliau berkata, ranker.com juga menyiarkan senarai negara paling korup berdasarkan laporan Transparency International dan Malaysia langsung tidak berada dalam senarai 100 teratas.
“Jadi, dari mana Mahathir mendapat faktanya? Adakah seseorang membekalkannya dengan berita palsu?” soal Salleh.
Semalam, Dr Mahathir membuat beberapa dakwaan terhadap Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi blog beliau. #sumber
Salleh: Malaysia 'Langsung Tiada' Dalam Senarai 100 Negara Paling Korup
Sekianlah artikel Salleh: Malaysia 'Langsung Tiada' Dalam Senarai 100 Negara Paling Korup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Salleh: Malaysia 'Langsung Tiada' Dalam Senarai 100 Negara Paling Korup linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/salleh-malaysia-langsung-tiada-dalam.html
0 Response to "Salleh: Malaysia 'Langsung Tiada' Dalam Senarai 100 Negara Paling Korup"
Posting Komentar