Judul : RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim
link : RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim
RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim
RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah wajar dipersetujui secara prinsip oleh semua tetapi beliau kesal keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan ruang membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Bekas ketua pembangkang itu menegaskan, keputusan Pandikar menangguhkan sidang Dewan Rakyat pada pukul 4 petang, Khamis lalu dengan jelas bertentangan dengan amalan demokrasi dan prinsip syura serta perundingan dalam Islam.
RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim. Kata Anwar, beliau percaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, tidak akan keberatan untuk meneruskan perbahasan ke atas RUU 355.
“Kegagalan Speaker dan kerajaan Barisan Nasional untuk bertindak serius dalam perkara tersebut memperkukuhkan persepsi bahawa kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan,” kata Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara, dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh PKR.
Kelmarin, Pandikar menafikan beliau menangguhkan awal sesi perbahasan RUU 355 kerana agenda politik atau menerima tekanan daripada mana-mana pihak.
Sebaliknya beliau menegaskan, keputusannya itu semata-mata untuk menjaga kebajikan kakitangan Parlimen yang telah tidak tidur semalaman.
Oleh itu, kata Pandikar Amin, beliau telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menamatkan sesi Parlimen pada pukul 4 petang berbanding kebiasaan pukul 5.30 petang.
RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim
Dalam kenyataan itu, Anwar berkata, PKR sejak tahun lalu mahu Jawatankuasa Pilihan dibentuk untuk meneliti secara menyeluruh RUU 355.
Katanya, PKR telah menyatakan kerelaan menyertai Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti secara menyeluruh usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah yang akan dilaksanakan termasuk berkenaan soal keutuhan, kebebasan dan kompetensi kehakiman Mahkamah Syariah, pendakwaan bebas, sistem penjara dan belanjawan yang bersesuaian.
“Maknanya, usul Jawatankuasa Pilihan lebih luas dan mencakupi, dan tidak hanya terbatas kepada tahap hukuman.”
Beliau menambah, satu aspek kontroversi dan membimbangkan dalam RUU 355 adalah hukuman yang jauh lebih tinggi daripada yang sedia ada dan perlu penelitian dan pemerincian.
RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim. Pendekatan itu menurut beliau, lebih bermakna dan terjamin keberkesanannya, dan akan membuka peluang untuk memberikan penjelasan kepada rakyat termasuk bukan Islam. - fmt
Iklan
RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim
Sekianlah artikel RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/ruu355-dari-sudut-pandang-anwar-ibrahim.html
0 Response to "RUU355 Dari Sudut Pandang Anwar Ibrahim"
Posting Komentar