Judul : RUU355: Akhbar Cina buat spekulasi hubungan DAP dengan Muhyiddin
link : RUU355: Akhbar Cina buat spekulasi hubungan DAP dengan Muhyiddin
RUU355: Akhbar Cina buat spekulasi hubungan DAP dengan Muhyiddin
Kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa partinya sedia menyokong RUU 355 secara bersyarat ibarat telah meletakkan 'bom jangka' dalam Pakatan Harapan.
Penganalisis politik, Tan Ah Chai berkata, keretakan berlaku antara DAP dengan PAS berpunca daripada RUU 355 sehingga menyebabkan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.
"Apabila Muhyiddin berkata akan menyokong Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, apabila dibahaskan dan diundi di Dewan Rakyat kelak, apakah episod pertelingkahan antara DAP dengan PPBM akan berlaku sama seperti berlaku antara DAP dengan PAS sebelum ini?," katanya ketika ditemu bual oleh China Press.
Muhyiddin dipetik sebagai berkata, beliau akan beri sokongan jika pandangan yang beliau kemukakan diambil kira, termasuk setiap hukuman ditetapkan mestilah adil dan setimpal mengikut hukum syarak, dengan kesalahan dilakukan.
Seorang lagi penganalisis politik, Phoon Wing Keong pula memberitahu, memandangkan PRU14 hampir dekat, adalah mustahil DAP akan berkrisis dengan PPBM.
"Demi menjamin kestabilan Pakatan Harapan, kedua-dua parti mungkin mengutamakan persiapan PRU14.
"Kenyataan Muhyiddin mengenai sokongan beliau ke atas RUU 355 itu masih menjadi tanda tanya, iaitu apakah pendirian beliau itu mewakili PPBM atau pandangan secara peribadi?," soal Wing Keong.
Sementara itu, Naib Presiden DAP, Teresa Kok menjelaskan, masih banyak perkara belum dibincangkan oleh Pakatan Harapan, memandangkan PPBM hanya diterima kira-kira dua minggu lalu.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan reaksi jelas mengenai pendirian DAP ke atas kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sekianlah artikel RUU355: Akhbar Cina buat spekulasi hubungan DAP dengan Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca RUU355: Akhbar Cina buat spekulasi hubungan DAP dengan Muhyiddin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/ruu355-akhbar-cina-buat-spekulasi.html
0 Response to "RUU355: Akhbar Cina buat spekulasi hubungan DAP dengan Muhyiddin"
Posting Komentar