Judul : RUPANYA MASIH ADA RAKYAT YANG TIDAK TAHU MAHATHIR SUDAH KELUAR UMNO
link : RUPANYA MASIH ADA RAKYAT YANG TIDAK TAHU MAHATHIR SUDAH KELUAR UMNO
RUPANYA MASIH ADA RAKYAT YANG TIDAK TAHU MAHATHIR SUDAH KELUAR UMNO
KITA sudah tahu mengapa masih ada yang berpusu-pusu ramai hadir ke program ceramah bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang dilakukan di seluruh negara itu.
Menurut sebuah sumber yang sedang melakukan kajian mood politik negara, mereka memaklumkan bahawa masih ramai masyarakat di kampung terutama yang menjadi pengundi saluran 1 dan 2 menganggap bahawa Dr Mahathir sebagai veteren Umno.
Mereka yang membuat kajian tersebut turut terkejut apabila mendapati masyarakat kampung khususnya yang berada di dalaman tidak mengetahui bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri berkenaan.
“Sehinggakan mereka seolah-olah tertipu apabila hadir ke ceramah Mahathir dan mendapati logo berwarna merah itu bukanlah Umno, sebaliknya logo imej bunga,” kata sumber berkenaan yang tidak mahu didedahkan identitinya.
Tambahnya lagi, selama ini mereka memang mengagumi dan menyokong Dr Mahathir yang menjadi pemimpin pada zaman mereka bekerja dahulu, kerana bagi mereka Dr Mahathir seorang yang memiliki jiwa amat mendalam untuk membantu dan membela bangsa Melayu.
Namun selepas diketahui bahawa Dr Mahathir kini menjadi Pengerusi PPBM dan bersekongkol rapat dengan pakatan pro DAP, maka mereka berasa amat terkilan, malah seperti tidak percaya ia boleh berlaku.
Responden ini diambil dari mereka yang berstatus miskin dan tiada akses internet serta telekomunikasi lain di rumah. Rata-rata mereka adalah yang hanya mendengar radio dan tidak mengikuti isu-isu semasa kerana sibuk mencari sesuap nasi sama ada melalui pertanian, perladangan, penternakan atau nelayan.
RUPANYA MASIH ADA RAKYAT YANG TIDAK TAHU MAHATHIR SUDAH KELUAR UMNO
Sekianlah artikel RUPANYA MASIH ADA RAKYAT YANG TIDAK TAHU MAHATHIR SUDAH KELUAR UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca RUPANYA MASIH ADA RAKYAT YANG TIDAK TAHU MAHATHIR SUDAH KELUAR UMNO linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/rupanya-masih-ada-rakyat-yang-tidak.html
0 Response to "RUPANYA MASIH ADA RAKYAT YANG TIDAK TAHU MAHATHIR SUDAH KELUAR UMNO"
Posting Komentar