PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor

PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor
link : PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor

Baca juga


PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor

Tiada apa yang mustahil dalam dunia politik termasuk untuk Barisan Nasional (BN) yang dilabel sebagai ‘underdog‘ di Selangor, merampas semula negeri itu daripada genggaman kerajaan pakatan pembangkang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata seperti sukan, dalam dunia politik juga ‘underdog‘ boleh mencipta kejutan kemenangan, dan merujuk politik Selangor, BN mampu mencipta kejutan itu jika semua pihak bekerjasama dan memberi komitmen sepenuhnya dengan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

“Sukan dan politik ini lebih kurang, dalam sukan ada istilah underdog, ada pasukan yang kita ramal tidak menang tiba-tiba boleh menang… dalam politik pun tidak mustahil,” katanya selepas merasmikan program Nadi Sihat Semarak “Bangkit Bersama” Sukan SEA ke-29 hari ini.

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Nadi Sihat dan UMNO Bahagian Ampang itu antara lain bertujuan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada atlet negara yang akan bertanding pada Sukan SEA nanti.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan kembali pengalaman yang pernah dilalui BN di Selangor apabila tewas kepada pembangkang pada 2008 lalu walaupun dalam Pilihan Raya Umum 2004 mereka memperoleh kejayaan yang cukup cemerlang.

“Sebab itu saya cakap tiada yang mustahil. Hari ini kita boleh menang, esok kalah, lusa menang semula. Sukan pun sama, politik pun sama dengan syarat kita kena bangkit mulai hari ini untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Nadi Sihat, Datuk Ismail Kijo berkata program tersebut bertujuan untuk mempromosikan Sukan SEA dan menyemarakkan semangat kebangkitan para atlet negara dalam mengulangi kembali kejayaan pada 2001 ketika negara menjadi penganjur paling berjaya dan pada masa sama menjadi juara keseluruhan pada edisi Sukan SEA tahun itu.

“Penganjuran jelajah ini adalah sebagai usaha menyemai semangat bersukan dalam kalangan masyarakat khususnya menjelang Sukan SEA nanti di mana kita jadi tuan rumahnya,” kata Ismail.

Program jelajah ini antaranya melibatkan konvoi berbasikal dan pengedaran sejuta risalah mengensi Sukan SEA di setiap tempat persinggahan.

Jelajah ini akan bermula di Ampang dan berakhir di Kuantan selepas selesai menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor

Sekianlah artikel PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pru14-bn-underdog-yang-mampu-bangkit-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU14: BN ‘underdog‘ yang mampu bangkit di Selangor"

Posting Komentar