Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus

Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus
link : Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus

Baca juga


Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak, yang akan genap lapan tahun esok sebagai Perdana Menteri yang keenam, perlu melaksanakan 3 pembaharuan dengan segera bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang baik.
Meskipun sesetengah pembaharuan mengambil masa untuk direalisasikan, menurut Prof Edmund Terence Gomez dari Universiti Malaya, Najib, pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno boleh melaksanakan 3 pembaharuan tanpa melalui sebarang masalah.
Bercakap pada forum berkaitan 1MDB, firma pelaburan dilanda kontroversi, Gomez berkata, pembaharuan berkaitan tadbir urus, pentadbiran dan kewangan boleh dilakukan dengan segera – jika ada kemahuan politik untuk berbuat demikian.
Pemimpin kepada pembaharuan ini, menurut beliau, adalah Najib sendiri, yang perlu melepaskan portfolio kementerian kewangan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan.
Satu lagi pembaharuan adalah untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) bertanggungjawab kepada badan-badan berasingan seperti Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC), daripada tertakluk kepada Menteri Kewangan, kata beliau.
Jelas beliau, perkara itu juga sesuatu yang dicadangkan oleh G25, kumpulan bukan kerajaan yang dianggotai oleh bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan termasuk bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.
Gomez berkata, PSC pula harus dipimpin oleh seorang anggota pembangkang, bukannya mereka yang berada dalam Kabinet ataupun kalangan ahli Parlimen dari parti yang memerintah.
“Ini yang diamalkan di kebanyakan negara. Ini 1 sistem periksa dan imbang. Ini yang harus dilaksanakan dan pembaharuan ini tidak sukar untuk dilaksanakan.”
Pada masa lalu, menurut Gomez, kawal selia sektor korporat Malaysia tertumpu di tangan menteri kewangan.
Beliau membuat kesimpulan ini susulan kajian berkaitan kawalan dan pemilikan 7 GLIC persekutuan iaitu Menteri Kewangan Diperbadankan, Khazanah Nasional Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan.
Menurut Gomez, 7 GLIC mengawal 35 daripada 100 syarikat teratas yang disenaraikan di negara ini.
Pembaharuan ke-3, menurut Gomez, pengarah dan pengurusan GLC dan GLIC yang diketuai oleh individu yang “bebas dan berwibawa” yang harus “dibiarkan bersendirian” untuk melakukan apa yang mereka wajar lakukan.
“Berikutan penyusunan semula sektor korporat selepas 1997, GLC muncul sebagai pemain utama dalam sektor korporat,” kata beliau pada forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).
“Jika anda melihat angka dari tahun 2001, di antara 10 syarikat utama ini, 7 atau 8 daripada mereka adalah GLC. Selepas 16 tahun, jika anda melihat pada 10 syarikat utama ini, 7 atau 8 daripada mereka masih GLC.”
Beliau berkata, ini bermakna mereka yang mengetuai GLC perlu memastikan prestasi syarikat-syarikat adalah baik dan rakyat yang memilih mereka adalah cekap.
Gomez berkata, mereka bukan penurut politik tetapi kemungkinan terpaksa melakukan apa yang dimahukan oleh kerajaan untuk disesuaikan dengan kepentingan kerajaan.
Justeru, katanya, sudah tiba masanya rakyat memberi tekanan ke atas kerajaan untuk membawa pembaharuan-pembaharuan ini. #sumber


Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus

Sekianlah artikel Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/prof-gomez-pm-perlu-laksanakan-segera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Prof Gomez: PM Perlu Laksanakan Segera "Tiga Pembaharuan", Baiki Tadbir Urus"

Posting Komentar