PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS...

PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS...
link : PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS...

Baca juga


PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS...

Dah senget tapi belum karam... begitulah situasi hubungan PKR dan PAS sehingga hari ini.

PKR nampaknya sudah 'kecil hati' dan hanya hantar pemimpin rendah mewakili parti itu ke Muktamar PAS ke 63 di Kota Sarang Semut Kedah.

Difahamkan walaupun surat jemputan dihantar ke rumah, dan Muryidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin sendiri telefon Datuk Seri Azmin Ali, tapi beliau yang baru balik dari lawatan rasmi ke Taiwan khabarnya berada di Pulau Pinang untuk program Konvensyen PKR negeri itu.

Ramai pemimpin PAS mengharapkan Azmin hadir untuk menyejukkan hati perwakilan parti itu, tapi baik Azmin mahupun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mungkin sudah set untuk 'ajar' PAS kali ini.

Yang hadir mewakili rakan 'tahalul siyasi' PAS itu adalah Naib Presiden lantikan, Shaharuddin Badaruddin.

Selain PKR, antara kepimpinan parti lain yang turut kelihatan ialah Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

Sementara itu, Datuk Seri Hadi Awang dalam ucapan dasarnya tidak langsung menyentuh mengenai 'tahalul siyasi' dengan PKR walaupun menyelitkan yang parti itu menolak slogan 'suara rakyat, suara keramat' yang merupakan slogan PKR.

Hadi berkata perjuangan PAS untuk memperolehi ganjaran Allah SWT, bukan hanya di dunia semata-mata.

Menurutnya PAS akan meneruskan pendekatan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini.

"Mesej ini kita bawa menerusi PAS bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam memandangkan masyarakat tidak suka akan budaya keras serta politiking melampau.

"Rasulullah SAW menjadi contoh yang wajar diikuti, kerana melaksanakan kewajipan menyelamatkan manusia bersama Islam," katanya.

Tambahnya lagi, perjuangan PAS harus terus beristiqamah berpegang teguh pada Islam dan tidak berganjak daripada dasar dan tujuan asal.

"Kita beramal dengan apa yang mampu dan berjuang dengan sabar bagi melaksanakan perlaksanaan Islam yang dihalang.

"Berhikmahlah tanpa menyeleweng, mendahulukan kemaafan sewaktu menghadapi lawan yang zalim setelah capai kemenangan dan berada dalam keadaan paling kuat," tambahnya lagi.


PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS...

Sekianlah artikel PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pkr-hantar-pemimpin-tak-dikenali-wakil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS..."

Posting Komentar