Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin !

Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin !
link : Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin !

Baca juga


Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin !

KUANTAN: Jurulatih Pahang Dollah Salleh mengakui kemenangan 3-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir pertama Piala FA malam tadi, bukan jaminan untuk pasukannya mara ke separuh akhir kejohanan itu.
Menurutnya, ini ditambah dengan keupayaan JDT menghasilkan satu gol di Stadium Darul Makmur, di sini yang boleh memberi kelebihan kepada skuad Harimau Selatan itu kemudian atas kiraan jaringan di tempat lawan.
Malah apa yang lebih membimbangkan Dollah adalah walaupun pasukannya menang, pemainnya tidak beraksi dengan baik.
“Kemampuan JDT menjaringkan 1 gol di sini, memerlukan pemain saya menampilkan komitmen yang lebih tinggi dalam aksi suku akhir kedua nanti.
“Bagi saya, kemenangan ini belum lagi selesa buat Pahang kerana kita cuma menang 3-1, 1 gol yang dijaringkan lawan pula cukup bermakna buat mereka sebagai bekalan,” katanya selepas perlawanan malam tadi.
Dollah mengakui persembahan anak buahnya memang jauh berbeza daripada tahap kemampuan sebenar, namun keputusan yang diperoleh amat membanggakan.
“Ramalan Presiden PBNP (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang yakin Pahang akan menang dengan sekurang-kurangnya 3 gol adalah tepat tapi 1 gol yang diperoleh JDT amat berharga untuk mereka,” katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata, analisis terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti kesilapan untuk memastikan ia tidak berulang di suku akhir kedua di Stadium Hassan Yunus, Larkin nanti.
Mora berkata, pemainnya menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi kesilapan serta aksi longlai di babak akhir permainan menyebabkan mereka tewas.
“Kami masih pasukan yang lebih baik. Saya masih yakin kami mampu mengatasi kekecewaan ini,” katanya.
Beliau juga tidak mahu pemainnya dihantui dengan kekalahan itu dan yakin skuadnya mampu menampilkan aksi terbaik apabila bermain di depan penyokong sendiri nanti.
“Satu gol yang dihasilkan pasti memberi kami sedikit kelebihan tetapi saya mahukan kemenangan tanpa memerlukan kiraan jaringan itu,” katanya. #sumber


Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin !

Sekianlah artikel Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/piala-fa-skuad-pahang-tak-mahu-terlalu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Piala FA: Skuad Pahang Tak Mahu "Terlalu Selesa", JDT Masih Yakin !"

Posting Komentar