Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR

Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR
link : Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR

Baca juga


Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR

Bergoyang tahta Datuk Seri Azmin Ali selepas Pemuda PAS Selangor sebulat suara tidak mahu mempunyai apa-apa lagi hubungan dengan parti itu.

Pendirian tersebut dimuktamadkan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor melalui usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR yang telah diluluskan dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ke-51 yang berlangsung di Auditorium Dewan Sivik MBPJ di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selain menyifatkan keputusan tersebut merupakan suara akar umbi pemuda Pas di ne­geri ini yang merasakan tidak ada keperluan lagi untuk meneruskan hubungan dengan PKR.

Katanya, selain menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PAN, keputusan itu turut mengambil kira pendirian PKR yang dianggap ‘tidak mesra’ dalam isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS.

“Usul memutuskan kerjasama dengan PKR itu merupakan suara akar umbi pemuda PAS yang dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan daripada 22 Pas kawasan di Selangor. Kita akur dan menghormati suara akar umbi mengenai perkara ini,” katanya.

Tambah Syarhan, usul yang diputuskan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor itu adalah untuk memastikan hala tuju parti itu yang lebih baik pada masa depan selaras dengan prinsip perjuangan yang didokong sejak penubuhan tahun 1951.

Bagaimanapun katanya, usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR akan dimuktamadkan secara rasmi dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 yang bakal berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 29 April hingga 1 Mei ini.


Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR

Sekianlah artikel Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pemuda-pas-selangor-sebulat-suara-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemuda PAS Selangor sebulat suara mahu putus hubungan dengan PKR"

Posting Komentar