Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand !

Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand !
link : Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand !

Baca juga


Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand !

ALOR GAJAH: Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 3 pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan mengugut seorang wanita warga Thailand, bulan lepas.
Frankie Chua Siong Kiat, 30, menghadapi pertuduhan merogol wanita itu mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum 5 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii, iaitu melakukan oral seks dan didakwa menurut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun.
Dia juga didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap wanita tersebut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Chua didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 tengah hari hingga 1.15 tengah hari di tempat dan tarikh sama, iaitu di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini, pada 9 Mac lepas.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan jaminan RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 8 dan 9 Mei depan untuk mengambil keterangan mangsa serta melantik jurubahasa Thai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin, manakala tertuduh diwakili peguam Rengganathan Abdullah. #sumber


Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand !

Sekianlah artikel Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pegawai-imigresen-mengaku-tak-bersalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand !"

Posting Komentar