PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni

PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni
link : PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni

Baca juga


PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni


Pintu kerjasama politik PAS dengan DAP dan PAN tidak ditutup sepenuhnya kata Mursyidul Am Pas, Ustaz Hashim Jasin.

Bagaimanapun PAS meletakkan syarat iaitu jika hendak berkerjasama dua-dua parti itu mestilah menerima kepimpinan Islam.

Dalam kata lain, DAP dan PAN mestilah membenarkan PAS menjadi peneraju sekiranya mereka menjalinkan politik melibatkan ketiga-tiga parti.

Hashim berkata, syarat itu ditetapkan bagi mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan Pas.

“Mengenai tahaluf siyasi, memang PAS tidak pernah menutup pintu untuk berkerjasama umtuk membentuk blok ketiga.

“Cuma pada kali ini... berdasarkan pengalaman lampau, PAS banyak bertahaluf, jadi kita letak syarat begitu supaya menjamin kebaikan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, PAS melancarkan kutipan derma untuk menyaman portal yang mendakwa ia menerima RM90 juta daripada perdana menteri.

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan tabung itu di pembukaan muktamar Dewan Pemuda PAS dalam rangka menyaman Sarawak Report.

Beliau menyeru semua ahli parti menyumbang, sekurang-kurangnya RM5 seorang.

Awal bulan ini, parti itu menyatakan ia mempunyai 10 saksi di United Kingdom bagi memberi keterangan berhubung tindakan undang-undang itu.

Ia juga sedang mengumpul saksi di Malaysia susulan dakwaan PAS menerima dana itu daripada Datuk Seri Najib Razak.

Ogos lalu, portal kendalian Claire Rewcastle-Brown, adik ipar bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, menerbitkan artikel dengan dakwaan tersebut.

Berpangkalan di London, Sarawak Report mendakwa wang itu diberikan kepada pemimpin-pemimpin PAS bagi memecahkan lagi barisan pembangkang.

PAS dalam suratnya 13 Disember lalu menuntut portal itu menarik balik artikel terbabit, memohon maaf dan tidak mengulangi tuduhan berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya antara lain Tuan Ibrahim berkata PAS mahu menjadi blok ketiga pada pilihanraya umum (PRU) Ke-14 dengan sasaran menawan dan memperluas kuasa di empat negeri serta 40 kerusi parlimen.

Seiring sasaran itu, PAS menumpukan pada pendekatan politik matang dan sejahtera, dengan mengambil contoh perjuangan di beberapa negara Islam.

Beliau berkata, pendekatan itu dibuat selepas menimbang tiada keperluan untuk membentuk kesepakatan politik dengan parti lain, yang disifatkan berdepan banyak kemelut.

"Kita perlu melihat negara (ditentukan) kuasa ketiga. Selepas pihak kanan dan kiri berdepan kemelut masing-masing. PAS membentuk gagasan sejahtera sebagai pihak ketiga.

"Cabaran ini, Insya-Allah, kita akan hadapi dan mantapkan dengan pendekatan politik yang sudah diperkenan oleh Presiden (PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) iaitu politik matang, perkara benar sebagai benar serta mengambil contoh pengalaman apa yang berlaku di Algeria, Turki serta Mesir," katanya.


PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni

Sekianlah artikel PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pas-tak-tutup-pintu-kerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS tak tutup pintu kerjasama dengan DAP dan PAN tapi bersyarat...Apa Nak Jadi Ni"

Posting Komentar