PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH

PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH
link : PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH

Baca juga


PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar telah mengadakan sidang media tentang isu dia menyerbu masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Kedah tempohari. Khabarnya sidang media itu diadakan di pejabat wakil rakyat DAP.

Menariknya, selain Mahfuz, ada dua lagi pemimpin Adun PAS Kedah di pejabat Adun DAP itu, Datuk Amirudin Hamzah dan Nasir Mustafa. Walaupun langsung tiada lambang PAS di pejabat tersebut, masih lagi mereka berani masuk bersekongkol dengan Pengerusi DAP Kedah?

Sudah tidak ada tempat lain untuk diadakan sidang media oleh pemimpin PAS? Isunya dari Dun Bukit Pinang dan Kuala Kedah yang dikuasai PAS. Tapi sidang akhbarnya dibuat di pejabat Tan Kok Yew? Siapa beliau? Dialah Pengerusi DAP Kedah bagi penggal 2016 – 2018!

Penulis enggan menyentuh isu yang dibawa Mahfuz dalam sidang media itu. Artikel ini akan menyentuh soal yang lebih besar berkenaan hubungan PAS dengan dua parti yang mereka hentam hampir setiap hari, DAP dan PAN, dalam konteks Kedah.

Penulis mahu ingatkan PAS Pusat bahawa segala permusuhan dan kecaman mereka terhadap DAP di peringkat nasional memang tidak memberi kesan apa-apa pada PAS di negeri itu. Jika benar bermusuh dengan DAP, takkanlah sampai 3 orang pemimpin PAS Kedah sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan Pengerusi DAP Negeri?

Atau, kemungkinan besar juga bahawa Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Fakhruddin Fakhrurazi sememangnya hilang punca dan tidak mampu mengawal kepimpinan PAS di negeri itu. Dalam erti kata lain, nama sama Pesuruhjaya PAS Negeri, tapi ‘lembik’ dan ‘loi’, kata orang Kedah.

Jadi, PAS tidak perlulah terlalu hebat sangat menghentam DAP dan Pakatan Harapan setiap hari. PAS Kedah yang bakal menjadi tuan rumah Muktamar PAS pada tahun ini langsung tidak peduli dengan dua parti yang menjadi petualang kepada PAS.

Kononnya PAS berseteru dan sudah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP dan PAN? Tapi hakikat di Kedah, pemimpin PAS masih bekerjasama erat dengan DAP dan PAN. Agaknya PAS Pusat pun tidak dapat mengawal PAS Kedah?

PAS Kedah bukannya tidak tahu tentang pendekatan Mahfuz yang saban hari menghentam kepimpinan PAS Pusat. Presiden PAS sendiri sering menjadi sasaran Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bukan? Mustahil sangat PAS Kedah ‘buta’ dan ‘pekak’ tentang perangai Mahfuz itu.

Di peringkat kepimpinan atasan, Naib Presiden PAS di Kelantan pun pernah menunjukkan ‘pintu keluar’ kepada Mahfuz. Manakala di peringkat akar umbi pula, PAS Kawasan Pokok Sena sendiri pernah mengecam Ahli Parlimen kawasan mereka itu.

Cuma PAS Kedah saja yang ‘bisu’. Paling kuat pun, mereka hanya berani mengeluarkan kenyataan ‘selamat’ dengan menyerahkan bulat-bulat keputusan berhubung tindakan terhadap Mahfuz. Entah ke mana hilangnya ‘dua batu’ di dalam seluar mereka agaknya?

Apa yang berlaku hari ini mengingatkan penulis kepada arwah Tan Sri Ustaz Azizan Razak. Arwah cukup tegas dalam hal prinsip di dalam parti. Malah siapa yang cuba khianat pada perjuangan PAS dulu, pasti akan terima habuan. Masih ingat lagi pada isu Dato’ Phahrolrazi Zawawi, bukan?

Penulis yakin, sekiranya arwah masih hidup dan memimpin PAS Kedah, jangan haraplah mereka yang bersekongkol dengan DAP dan PAN itu boleh tunjuk kurang ajar pada PAS. Awal-awal lagi mereka sudah dipecat, dihalau keluar dari parti.

Justeru itu pada pandangan penulis, sekiranya benar pun PAS Kedah berhasrat sangat untuk menawan Kedah dari tangan BN pada PRU ke-14 nanti, rasanya mereka tidak mempunyai pemimpin yang layak seperti arwah Ustaz Azizan. Yang ada sekarang sangat ‘lembik’!

Sempena muktamar PAS pada hujung bulan ini, penulis menyarankan PAS Pusat supaya tukar saja Pesuruhjaya PAS Kedah kepada pemimpin yang lebih berkaliber. Tidak mahu menyebut nama sesiapa, pilihlah sendiri selain dari 3 orang yang bersekongkol dengan DAP Kedah itu.

Itupun jika PAS Pusat berani untuk bertindak menyelamatkan PAS Kedah dari terus karam dibayangi PAN. Penulis yakin, PAN banyak merekrut ahli-ahli baru dari PAS untuk menyertai mereka. PAS Pusat sanggup biarkan? Terserahlah…


PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sekianlah artikel PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pas-pusat-perlu-tukar-segera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS PUSAT PERLU TUKAR SEGERA PESURUHJAYA PAS KEDAH"

Posting Komentar