PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran

PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran
link : PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran

Baca juga


PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran

PAS memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) agar tidak 'mengacau' di 80 kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika PAS menentang Umno.

"PAS bertanding di 80 kerusi Melayu berhadapan dengan Umno.

"Pakatan Harapan jangan masuk. (PAN) Amanah jangan masuk. PPBM pun jangan masuk.

"PKR bertanding di kerusi mereka PRU13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isu agihan kerusi sesama pembangkang masih belum selesai, selepas PAS menyatakan keengganan untuk bekerjasama dengan gabungan PH bagi mewujudkan pertandingan satu lawan satu.

PAS juga berkali-kali menegaskan enggan mengadakan hubungan politik dengan parti yang menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah.    
PAS sebaliknya menegaskan akan terus bersama Gagasan Sejahtera, blok ketiga yang diwujudkan dengan Parti Ikatatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa).

Khairuddin dalam pada itu juga menyatakan kebimbangan sekiranya PH tidak 'menghormati' pendirian mereka bersabit soal kerusi.

"Tapi bersediakah Amanah untuk tidak bertanding pilihan raya?

"Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada Amanah di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada PRU ke 13?" soalnya.


PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran

Sekianlah artikel PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pas-beri-amaran-kepada-ph-jangan-kacau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran"

Posting Komentar