Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH

Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH
link : Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH

Baca juga


Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH

Parti Generasi Baru (NewGen Party) semalam membuat laporan polis terhadap bekas Setiausaha Agungnya S. Gobi Krishnan kerana disyaki melakukan pecah amanah.

Pemangku Setiausaha Agung parti itu Mohamad Zaini Jaafar berkata berdasarkan siasatan dalaman parti itu, Gobi Krishnan dipercayai menggelapkan yuran keanggotaan parti dan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk kegunaan parti berjumlah RM105,000.

“Bukti penerimaan wang sebanyak RM45,000 yang dimasukkan terus atas nama syarikat Gobi Krishnan juga ada dalam rekod telefon bimbit saya manakala selebihnya ada dalam penyata bank.

“Kami juga mendapati akaun parti tidak aktif sejak 2013 dengan baki terkini adalah kosong,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, semalam.

Gobi Krishnan dilaporkan telah digantung keanggotaan dan jawatannya oleh kepimpinan Parti Generasi Baru yang diketuai Presidennya Datuk G. Kumar Aamaan pada bulan lepas kerana didapati melanggar perlembagaan parti dan melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis panggilan mesyuarat kepada Presiden.

Isu melibatkan Parti Generasi Baru mendapat perhatian baru-baru ini susulan dakwaan kepimpinan asalnya bahawa parti itu disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR), seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Presiden asal Parti Generasi Baru mendakwa Ezam dan Khairuddin yang masing-masing merupakan presiden dan timbalan presiden PBR, didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 ahli parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat diadakan.

Parti Generasi Baru, yang diasaskan Gobi Krishnan iaitu bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR, didaftar pada September 2013 dengan menyasarkan golongan muda sebagai anggota parti.

Pada Rabu lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menyiasat permohonan pertukaran nama parti itu berkata beberapa dokumen menimbulkan keraguan termasuk alamat ibu pejabat parti, yang didakwa lokasi berlangsungnya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menukar nama dan pemilihan kepimpinan parti, adalah milik sebuah kedai jubin. – BERNAMA


Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH

Sekianlah artikel Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/parti-generasi-baru-lapor-polis-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Parti Generasi Baru Lapor Polis Kes Pecah Amanah....Ezam Kata Nak BERSIHKAN RASUAH"

Posting Komentar