Judul : Nazri Aziz "Nafikan", Najib Punca Pembatalan Permit Dialog Dengan Mahathir
link : Nazri Aziz "Nafikan", Najib Punca Pembatalan Permit Dialog Dengan Mahathir
Nazri Aziz "Nafikan", Najib Punca Pembatalan Permit Dialog Dengan Mahathir
Beliau bagaimanapun mendakwa pembatalan itu mungkin berpunca daripada pihak polis.
"Saya tidak fikir Perdana Menteri adalah puncanya kerana dua minggu lepas di Parlimen, beliau ucap terima kasih kepada saya kerana sanggup menyertai dialog ini bagi mempertahankannya.
"Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri, beliau turut menyatakan sokongannya kepada saya," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri turut mencadangkan agar penganjuran sesi dialog itu diambil alih oleh pihak polis bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang ia diadakan.
"Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani beri cadangan untuk adakan dialog ini di hotel, tapi adakah ia akan diberi pelepasan oleh pihak polis.
"Mungkin kita boleh adakan di Auditorium Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras.
"Kalau boleh dicadangkan, bolehlah buat di sana. Lagi pun saya diberitahu tempat itu besar dan juga itu tempat polis. Mungkin kita cadang kepada polis untuk jadi penganjur kepada dialog ini," katanya.
Sementara itu, beliau menyerahkan sepenuhnya tindakan lanjut kepada Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) dan pihak pencabarnya Tun Mahathir untuk menganjurkan penganjuran sesi dialog itu.
"Saya hanya menunggu dan bersedia pada bila-bila masa. Saya tidak fikir berbahas dengan Tun Mahathir tidak membolehkan saya untuk tidur malam dan saya bukan bisu.
"Saya tidak perlu buat 'homework' kerana beliau yang tidak bercakap benar, bukan saya. Bila kita bercakap betul, jadi tidak ada masalah untuk bercakap di mana-mana sahaja. Tapi saya nak beritahu beliau supaya jangan lari dan saya mahu dedikasi lagu 'I Will Follow You' kepadanya," katanya. #sumber
Nazri Aziz "Nafikan", Najib Punca Pembatalan Permit Dialog Dengan Mahathir
Sekianlah artikel Nazri Aziz "Nafikan", Najib Punca Pembatalan Permit Dialog Dengan Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Nazri Aziz "Nafikan", Najib Punca Pembatalan Permit Dialog Dengan Mahathir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/nazri-aziz-nafikan-najib-punca.html
0 Response to "Nazri Aziz "Nafikan", Najib Punca Pembatalan Permit Dialog Dengan Mahathir"
Posting Komentar