Judul : MP Indera Mahkota Hantar Notis, Tuntut Janji Bina Hospital Baharu
link : MP Indera Mahkota Hantar Notis, Tuntut Janji Bina Hospital Baharu
MP Indera Mahkota Hantar Notis, Tuntut Janji Bina Hospital Baharu
Projek pembinaan hospital baharu itu dilaksanakan bagi mengatasi kepadatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam sudah memaklumkan mengenai pembinaan hospital itu, selepas beberapa isu berkaitan diketengahkan pada sidang Dewan Parlimen tempoh hari.
Menurutnya, bagaimanapun tiada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan mengenai perkara itu dan ia terus menjadi tanda tanya kepada rakyat di negeri ini.
“Untuk kepastian saya telah hantar memo bertulisan tangan dan diberikan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Helmi Yahaya hari ini (semalam).
“Memo itu saya serahkan kepada Helmi kerana menteri kesihatan tiada, jadi saya harap perkara berkenaan (pembinaan hospital) dapat diputuskan segera. Saya nak tahu bila bangunan itu akan bina sebab kerajaan dah janji.
“Saya harap hospital itu dapat dibina segera kerana ia sekali gus dapat menyelesaikan kepadatan di HTAA,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, semalam.
Ditanya mengenai lokasi tepat pembinaan hospital baharu itu, Fauzi berkata, beliau hanya dimaklumkan ia terletak di sebarang Tanjung Lumpur.
“Itu saja yang beliau (Subramaniam) maklumkan...terperinci mengenai cadangan terbabit saya tak tahu. Jadi saya bagi memo bagi ingatkan beliau semula mengenai perkara terbabit,” katanya.
Sebelum ini, Fauzi membawa usul mengenai rungutan dan aduan masyarakat berhubung masalah di HTAA.
Selain berdepan masalah kekurangan tempat letak kenderaan, hospital itu juga turut mengalami kekurangan bekalan ubatan, dan kadang kala wad penuh disebabkan ramai pesakit.
Katanya, masalah ini bukan perkara baru namun sudah lama berlaku tetapi tiada penyelesaian yang dilakukan oleh pihak pengurusan.
“Saya yakin sekiranya ada hospital baharu itu nanti dapat mengurangkan masalah yang alami rakyat di negeri ini setiap kali mendapatkan rawatan di hospital terbabit.
“Kebiasaan individu yang mendapatkan rawatan di HTAA merupakan golongan yang kurang berkemampuan,” katanya. #sumber
MP Indera Mahkota Hantar Notis, Tuntut Janji Bina Hospital Baharu
Sekianlah artikel MP Indera Mahkota Hantar Notis, Tuntut Janji Bina Hospital Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca MP Indera Mahkota Hantar Notis, Tuntut Janji Bina Hospital Baharu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/mp-indera-mahkota-hantar-notis-tuntut.html
0 Response to "MP Indera Mahkota Hantar Notis, Tuntut Janji Bina Hospital Baharu"
Posting Komentar