Judul : Menteri Bidas MP Tasek Gelugor
link : Menteri Bidas MP Tasek Gelugor
Menteri Bidas MP Tasek Gelugor
Menteri Bidas MP Tasek Gelugor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membidas kenyataan seorang ahli Parlimen Umno berhubung isu perogol mengahwini mangsa mereka.
Rahman melalui Facebooknya mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika perbahasan di Dewan Rakyat semalam mengenai Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dengan menyifatkannya sebagai cadangan “jijik”.
Menteri Bidas MP Tasek Gelugor. Katanya, beliau terkejut dan kecewa dengan komen Shabudin berhubung perkahwinan bawah umur dan perkahwinan mangsa dan perogol.
“Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup, mempunyai impian dan berseronok. Walaupun ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan zaman kanak-kanak yang baik kepada anak mereka, kerajaan dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjawab melindungi kepentingan kanak-kanak Malaysia,” kata Rahman.
Semalam, Shabudin yang juga bekas hakim Mahkamah Syariah memberitahu Dewan Rakyat tidak salah untuk gadis berkahwin dengan perogolnya dan mungkin lebih baik mangsa dikahwinkan dengan perogolnya supaya dia tidak melalui masa depan yang gelap.
Menteri Bidas MP Tasek Gelugor
“Mungkin perempuan itu akan berasa lebih selamat daripada ditinggalkan begitu sahaja.”
Shabudin dilaporkan berkata, sesetengah gadis berumur 16 tahun mempunyai gaya hidup liar dan keluarga mendapati sukar mengawal mereka, tetapi dengan persetujuan wali, perempuan itu selepas berkahwin akan dijaga dengan baik oleh suami dan wali.
Katanya, mereka boleh hidup dengan aman dan ini mungkin pengubat kepada masalah sosial.
Rahman yang juga ahli Parlimen Kota Belud berkata, undang-undang digubal untuk melindungi kanak-kanak, khasnya gadis bawah umur.
Menteri Bidas MP Tasek Gelugor
“Undang-undang adalah jelas mengenai perkara ini, menurut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan, ia dianggap rogol statutori bagi seorang lelaki untuk mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun – dengan atau tanpa izinnya.
“Oleh itu, adalah jijik pada abad ke-21 ini untuk mencadangkan perogol yang sepatutnya didakwa, mempunyai cara untuk lari daripada tanggungjawab undang-undang dengan hanya berkahwin dengan mangsanya.” - fmt
Iklan
Menteri Bidas MP Tasek Gelugor
Sekianlah artikel Menteri Bidas MP Tasek Gelugor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Menteri Bidas MP Tasek Gelugor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/menteri-bidas-mp-tasek-gelugor.html
0 Response to "Menteri Bidas MP Tasek Gelugor"
Posting Komentar