Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak

Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak
link : Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak

Baca juga


Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak

Keputusan Lim Kit Siang enggan meletakkan dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP me­rupakan antara strategi terakhir­nya untuk memerangkap Melayu supaya mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan tersebut adalah bagi mengelirukan Melayu ko­nonnya kuasa pentadbiran negara akan terus kekal dipegang oleh Melayu sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Jelas beliau, niat Penasihat DAP itu membiarkan pemimpin-pemimpin Melayu lebih menonjol adalah untuk mententeramkan kaum Melayu yang disedari tidak menyukai DAP.
Katanya, tiada sebab Kit Siang yang merupakan seorang ahli politik berpengalaman menolak jawatan utama dalam Pakatan Harapan.
“Kit Siang kini sibuk menyusun rancangan terakhirnya untuk menggunakan Melayu bagi menjahanamkan Melayu yang lain.
“Realitinya jika pembangkang memenangi PRU-14, Kit Siang sedia mengambil ‘hadiah utama politik’ iaitu jawatan utama di pejabat Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kata Tunku Abdul Aziz, strategi Kit Siang menggunakan Melayu untuk memenuhi agenda politiknya bukan baharu kerana pernah bekerjasama dengan Pas, PKR dan terbaharu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“DAP tahu mereka sudah mendapat sokongan hampir keseluruhan pengundi Cina di bandar, tetapi sukar untuk menambat hati pengundi Melayu. Apa yang sedang dilakukan DAP ini bukan perkara baharu. Itu sebahagian daripada lenggok bahasa politik mereka. Saya harap Melayu tidak percaya dengan muslihat ini,” katanya.
Kata beliau, langkah yang sama pernah dilakukan Kit Siang semasa PRU-12 apabila terus meletakkan anaknya, Lim Guan Eng untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sekali gus mengejutkan ahli-ahli DAP di negeri itu.
Beliau juga berkata, usahasama Kit Siang dengan Mahathir juga adalah satu bentuk kerjasama yang rapuh dan dikhuatiri mampu membahayakan negara kerana kedua-dua pemimpin-pemimpin itu mempunyai kepentingan peribadi.
Tunku Abdul Aziz pada masa sama mencabar Kit Siang untuk berdebat dalam isu DAP dipimpin secara diktator dan beliau akan menantikan jawapan Penasihat DAP itu sebelum menetapkan tarikh untuk mengadakan debat berkenaan.


Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak

Sekianlah artikel Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/kit-siang-mahu-perangkap-melayukena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kit Siang mahu perangkap Melayu...Kena BErhati Hati Plak"

Posting Komentar