Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP

Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP
link : Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP

Baca juga


Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat permohonan mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat sebagai satu helah untuk melambatkan proses perbicaraan di mahkamah semata-mata untuk mengekalkan memontum DAP dalam pilihanraya umum.

Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berpendapat pimpinan DAP menggunakan taktik yang dikitar semula seperti mana digunakan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Jadi tidak hairanlah sekarang ni mereka mencabar akta SPRM. Ini bukan satu perkara yang asing dilakukan pihak pembangkang. Mereka cuba ‘delay’ perjalanan kes.


“Saya melihat DAP bimbang bahawa skandal ini akan menjejaskan peluang mereka dalam PRU ke-14 ini,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal, Isnin.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menukar tanah pertanian kepada perumahan awam di negeri itu serta membeli tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran

Ketika ini, perbicaraan kes itu tertangguh selepas Guan Eng membuat permohonan untuk mencabar  Seksyen 62, Akta SPRM 2009 pada Januari lalu.

Sementara itu Achmad berkata ketelusan dan integriti dalam pentadbiran DAP Pulau Pinang kian menjadi persoalan umum kerana Guan Eng masih berada dalam pentadbiran negeri walaupun terdapat desakan oleh pihak tertentu supaya beliau melepaskannya.

“Jelas bahawa skandal rasuah itu menyebabkan parti itu terpaksa mengorbankan prinsip bersih, cekap dan amanah (CAT) yang menjadi falsafah dalam pentadbiran mereka,” katanya lagi.

Beliau juga berpendapat tindak tanduk itu menyebabkan wujudnya amalan double standard’ atau pilih kasih.

“Semua tahu bahawa sebab Guan Eng anak penasihat DAP, Lim Kit Siang, maka tiada siapa yang berada dalam parti itu berani bersuara untuk mengarahkan Guan Eng berundur.

“Dan saya melihat DAP bimbang andainya tindakan displin dikenakan terhadap Guan Eng, ia sedikit sebanyak memberikan kesan dan imej buruk terhadap DAP yang berkemungkinan menyebabkan kerajaan negeri pimpinan mereka tersungkur kelak,” kata Achmad lagi.

Tegas  Achmad, tindakan EXCO Johor, Datuk Abdul Latif Bandi melepaskan jawatannya susulan 33 pertuduhan rasuahnya perlu dicontohi Ahli Parlimen Bagan itu.

“Saya berpendapat Guan Eng boleh menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dengan melepaskan segala jawatannya,” katanya lagi.


Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP

Sekianlah artikel Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/kes-guan-eng-bakal-jatuhkan-momentum-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Guan Eng bakal jatuhkan momentum DAP"

Posting Komentar