KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM

KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM
link : KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM

Baca juga


KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM

Penglibatan UMNO dan kerajaan dalam meningkatkan dan memartabatkan syiar Islam di negara ini tidak dapat dinafikan, malah parti itu sentiasa berusaha memastikan nilai-nilai Islam diserapkan dalam pelbagai aspek.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaacob berkata, usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO dalam memartabatkan syiar Islam di negara ini wajar dipuji.

Katanya, sejak merdeka sehingga kini, kerajaan dilihat tidak pernah mengabaikan elemen Islam dalam proses pentadbiran dan pembangunan negara.

“Banyak pembaharuan dan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan untuk memartabatkan agama Islam, bukan sahaja dari segi pentadbiran, malah ekonomi apabila menubuhkan Bank Islam dan menggalakkan institusi perbankan negara supaya menukar sistem daripada konvensional kepada perbankan Islam.

“Bukan itu sahaja, kerajaan juga dilihat telah berjaya me­lonjakkan nama Islam di negara ini apabila menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menjadi lambang keseriusan kerajaan dalam memartabatkan agama Islam bukan sa­haja dalam negara malah di peringkat global,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perhimpunan Belia Is­lam Dunia, Shahrin Awaludin berkata, usa­ha untuk meningkatkan syiar Islam telah bermula sejak merdeka lagi iaitu hampir 60 tahun lalu dan pada hari ini perkara itu bukan hanya memberi manfaat kepada negara tetapi turut menyumbang di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, sebagai contoh penubuhan universiti Islam, bank Islam dan pelbagai produk Islam yang lain merupakan antara langkah yang bijak sehingga Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan berpotensi menjadi sebuah negara Islam contoh.

“Usaha ini perlu diteruskan dengan memperkukuhkan pengi­sian atau intipati syiar Islam tersebut supaya matlamat besar syiar Islam sebagai agama yang adil dapat dirasai oleh semua rakyat Islam dan bukan Islam.

“Saya berharap semua pihak bekerjasama dan berganding bahu dengan kerajaan bagi membuktikan keindahan Islam supaya generasi muda tidak terkeliru dan menjauhi agama kerana pelbagai polemik berkaitan Islam masa kini tidak diselesaikan dengan baik dan menyeluruh,” katanya.


KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM

Sekianlah artikel KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/kerajaan-umno-sedia-martabat-syiar-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KERAJAAN UMNO SEDIA MARTABAT SYIAR ISLAM"

Posting Komentar