Judul : JPJ Akan Batalkan Lesen Jika Kerap Melanggar Lampu Isyarat & Pandu Laju !
link : JPJ Akan Batalkan Lesen Jika Kerap Melanggar Lampu Isyarat & Pandu Laju !
JPJ Akan Batalkan Lesen Jika Kerap Melanggar Lampu Isyarat & Pandu Laju !
PETALING JAYA: Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang mula dikuatkuasakan Sabtu lalu akan memfokuskan kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan dan melanggar lampu isyarat merah pada peringkat awal, kata ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Datuk Nadzri Siron yang dipetik Sin Chew Daily berkata, sistem demerit akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan 20 mata demerit pertama akan diberikan amaran, 20 mata demerit seterusnya digantung lesen selama 6 hingga 8 bulan dan 20 mata demerit ke-3 akan dibatalkan lesen memandu.
Katanya, jika pemandu dalam tempoh ditetapkan mematuhi peraturan jalan raya, mata demerit mereka akan dikurangkan.
“Pihak berkuasa akan memasang AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) di tempat sesuai berdasarkan peruntukan dan keperluan kerana jika letak terlalu banyak AES, orang ramai akan marah dan pihak berkuasa akan membuat pengumuman kemudian,” katanya dipetik akhbar itu semalam.
Sistem Awas menggabungkan AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara). #sumber
JPJ Akan Batalkan Lesen Jika Kerap Melanggar Lampu Isyarat & Pandu Laju !
Sekianlah artikel JPJ Akan Batalkan Lesen Jika Kerap Melanggar Lampu Isyarat & Pandu Laju ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca JPJ Akan Batalkan Lesen Jika Kerap Melanggar Lampu Isyarat & Pandu Laju ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/jpj-akan-batalkan-lesen-jika-kerap.html
0 Response to "JPJ Akan Batalkan Lesen Jika Kerap Melanggar Lampu Isyarat & Pandu Laju !"
Posting Komentar