“JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG

“JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG
link : “JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG

Baca juga


“JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberi amaran tegas akan menyaman Adun Semambu, Lee Chean Chung sekiranya terus membuat tuduhan tidak berasas dalam isu penjualan East Coast Mall (ECM).

Adnan berkata, dakwaan Chean Chung berhubung isu itu seolah-olah menuduh dirinya sebagai seorang yang mengamalkan rasuah membabitkan penjualan pusat membeli belah itu kepada syarikat dari Singapura.

“Saya memberi amaran tegas kepada Semambu jika terus mengaitkan saya dalam isu tersebut.

“Andaian tersebut memberi persepsi negatif dalam masa sama membuktikan kerja pembangkang yang sering menyebarkan pembohongan.

“Jika Semambu terus ulangi tuduhan ini, saya akan saman. Jika rasa saya salah guna kuasa, Semambu boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM),” katanya ketika menggulung titah Diraja Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada persidangan Dun, hari ini.

Adnan menjelaskan, dalam Capital Land Malaysia Mall Trust terdapat pegangan saham oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 9.8 peratus dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 10 peratus.

Adnan turut mengingatkan Chean Chung supaya mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang tuduhan.

Chean Chung yang juga Ketua Penerangan AMK sebelum ini memuat naik status di laman Facebook miliknya mengenai isu penjualan ECM dan mendakwa kerajaan negeri menjual aset kepada Singapura.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adnan berkata, peruntukan sebanyak RM5juta disalurkan oleh kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah bekalan air di loji rawatan air Sungai Bilut di Raub.

Beliau berkata, dengan kos itu diharap dapat menyelesaikan isu air yang membelenggu penduduk di kawasan itu.


“JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG

Sekianlah artikel “JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca “JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/jika-ulang-tuduhan-saya-akan-saman-mb.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“JIKA ULANG TUDUHAN, SAYA AKAN SAMAN” – MB PAHANG"

Posting Komentar