Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula

Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula
link : Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula

Baca juga


Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula


MENTAKAB: DAP menyifatkan dakwaan mengarut pemimpin UMNO bahawa kononnya Lim Kit Siang akan menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanyalah fitnah yang tidak mempunyai asas sama sekali.
Ini kerana DAP telah berkali-kali menegaskan bahawa jawatan Perdana Menteri hanya akan dilantik dalam kalangan orang Melayu dan Islam seperti dipersetujui setiap parti komponen gabungan pembangkang itu, kata Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Sehubungan itu, katanya, sentimen kaum yang dikitar semula UMNO dalam bentuk fitnah itu dilakukan semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan Islam yang kini dilihat kian cenderung menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan.
Sokongan itu, katanya lagi, timbul daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pelaksanaan dasar yang membebankan antaranya seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan bajet pendidikan dan kesihatan dan penghapusan subsidi barangan keperluan harian.
“Ia berbeza dengan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang diketuai Pakatan Harapan. Pakatan Harapan tidak memerlukan GST untuk mengadakan pelbagai bantuan kepada rakyat, tidak seperti UMNO-Barisan Nasional (BN) yang menyusahkan rakyat.
“Oleh kerana UMNO-BN tidak dapat menandingi kemampuan Pakatan Harapan, mereka menggunakan sentimen kaum dan agama demi mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalan mereka mentadbir negara,” katanya kepada Roketkini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas fitnah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti dilaporkan media semalam bahawa kononnya DAP mendominasi Pakatan Harapan dan akan melantik Kit Siang menjadi calon Perdana Menteri.
Sedangkan, menurut Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab sebarang keputusan Pakatan Harapan dilakukan secara konsensus (persetujuan bersama) demi menjaga keharmonian kaum dan agama.
“Ini menunjukkan banyaknya kerusi dalam Pakatan Harapan tidak melambangkan ia menjadi ketua, tapi sebarang keputusan adalah mengikut persetujuan ramai atau konsesus yang telah di persetujui,” ujarnya.
Ia, katanya, berbeza dengan UMNO yang dilihat ingin menjadi jaguh dalam BN sehingga parti komponennya yang lain seperti MIC dan MCA seolah-olah “menagih simpati untuk terus bernafas”
“Sebab itu rakyat Sabah dan Sarawak menolak UMNO dan mahukan parti sendiri kerana ketaksuban UMNO untuk menjadi ketua atau hero dalam BN itu sendiri.
“Malah, Shahrizat berani kata begitu kerana sekarang UMNO mendominasi dalam BN lebih daripada 80 kerusi sedangkan MCA dan MIC kurang daripada 10 atau 11 kerusi,” katanya. #sumber


Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula

Sekianlah artikel Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/isu-jawatan-pm-umno-kini-makin-terdesak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Jawatan PM: UMNO Kini Makin Terdesak, Jaja Fitnah Kitar Semula"

Posting Komentar