Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS

Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS
link : Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS

Baca juga


Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS

PETALING JAYA: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan saman fitnah yang difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ia di tangan peguam saya. Ia tidak sesuai untuk membuat kenyataan pada peringkat awal ini,” katanya.
Clare yang juga pengasas portal berita itu berkata, beliau menerima writ dan pernyataan tuntutan itu Jumaat lalu.
Beliau berkata demikian susulan pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan semalam yang Hadi sudah memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Takiyuddin dilaporkan berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya. Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.
Katanya, peguam PAS di London, Carter-Ruck sudah menghantar surat tuntutan kepada Clare Disember tahun lalu bagi menuntut permohonan maaf dan menarik balik artikel berkenaan.
“Tetapi, beliau gagal memberi maklum balas, sebaliknya mengeluarkan beberapa kenyataan umum yang merumitkan lagi isu itu,” kata Takiyuddin pada sidang media di luar Muktamar Dewan Pemuda PAS di Alor Setar, semalam.
Parti Islam itu turut dilapor menubuhkan sebuah tabung khas untuk mengutip derma daripada perwakilan Muktamar PAS yang sedang berlangsung di Alor Setar, Kedah, bagi membayar kos guaman berjumlah RM200,000 untuk saman fitnah itu.
Sebelum ini, PAS berkata, kelewatan memulakan tindakan undang-undang itu berpunca daripada usaha mengumpulkan saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes itu. #sumber


Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS

Sekianlah artikel Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/editor-sarawak-report-sahkan-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Editor "Sarawak Report", Sahkan Terima Surat Saman Presiden PAS"

Posting Komentar