Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi

Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi
link : Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi

Baca juga


Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi

Tempoh penahanan maksimum 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) akan terus dikuatkuasakan bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai 2017 apabila diluluskan di Dewan Negara malam tadi.

Usul semakan pelaksanaan subseksyen 4(5) di bawah Akta berkenaan dikemukakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berkata cadangan pelanjutan tempoh penahanan 28 hari di bawah subseksyen 4(5) akta itu merupakan kali pertama dibuat sejak ia dikuat kuasa pada 31 Julai 2012.

Nur Jazlan ketika menggulung perbahasan usul berkenaan memberikan penjelasan terhadap kekhuatiran sesetengah pihak yang mendakwa akta itu digunakan sewenang-wenangnya untuk melakukan tahanan politik.

"Kita tengok kes Maria Chin (Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah). Dia bukan tahanan politik, apa parti politik dia? Jadi dakwaan Sosma digunakan pada tahanan politik adalah tidak benar," katanya.

Beliau turut berkata sepanjang tempoh akta tersebut dikuatkuasakan, tiada kejadian tahanan cedera atau meninggal dunia akibat didera ketika dalam tahanan.

Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017 yang antara lain dilihat sebagai usaha membanteras jenayah seksual secara umum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim ketika menggulung perbahasaan RUU tersebut berkata secara amnya, pindaan itu bertujuan untuk memperluas pemakaian Seksyen 326A Kanun Keseksaan kepada kesalahan yang dilakukan terhadap bekas suami atau isteri, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau anggota keluarga yang lain.

"Masalah jenayah seksual dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat kita pada hari ini adalah satu masalah yang tidak berkesudahan, jika tidak ditangani akan mengancam pembinaan institusi kekeluargaan, menjejaskan keharmonian sosial malah boleh menghancurkan masa depan negara.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk membendung kes keganasan rumahtangga serta kes yang berkaitan dengan jenayah seksual ini, kerajaan bercadang untuk membuat beberapa penambahbaikan dalam Kanun Keseksaan. Dan tidak hanya akan tertakluk kepada mereka yang masih dalam hubungan yang sah sahaja," katanya.

Beliau berkata pindaan itu bertujuan untuk memperluas dan memperjelas pemakaian seksyen sedia ada kepada kes yang melibatkan hubungan seks dengan memasukkan mana-mana anggota badan, seperti jari atau lidah selain zakar ke dalam faraj atau dubur mangsa.

Razali berkata di bawah pindaan akta itu, hukuman sebat mandatori boleh dikenakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan rogol, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii secara rela dan tanpa kerelaan, serta kesalahan merangsang kanak-kanak kepada perbuatan kelucahan melampau.

Selain itu, dokumen lucah dimasukkan sebagai sebahagian daripada perkara yang dilarang untuk dijual dan lain-lain termasuk bahan lucah dalam talian.


Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi

Sekianlah artikel Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/dewan-negara-lulus-tempoh-tahanan-28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dewan Negara lulus tempoh tahanan 28 hari Sosma dilanjut 5 tahun lagi"

Posting Komentar