DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM

DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM
link : DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM

Baca juga


DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM

DAP sekali lagi menegaskan nama gabungan parti pembangkang dikekalkan sebagai Pakatan Harapan, bukan Barisan Rakyat sebagaimana yang dicadangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini.
Pakatan Harapan yang dikuasai pengaruh kuat DAP menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak akan tunduk pada kehendak Parti Pribumi Bersatu (PPBM) yang mahu nama pakatan pembangkang tersebut ditukar kepada nama baharu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, meskipun parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menukar nama gabungan parti pembangkang itu, nama Pakatan Harapan tetap kekal hingga kini.
Walau bagaimanapun, cadangan yang diutarakan PPBM itu difahamkan bakal dibawa dan dibincangkan dengan lebih mendalam di peringkat sekretariat Pakatan Harapan nanti.
DAP sebelum ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak mengikut kemahuan PPBM untuk menukar nama Pakatan Harapan kepada nama lain.
Selain DAP, PKR juga senada dengan Guan Eng dan menyatakan bahawa nama Pakatan Harapan merupakan simbolik kepada semangat reformasi yang menjadi titik tolak penubuhan parti mereka ketika pengasasnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Namun begitu, Pakatan Harapan dan Setiausaha Agung DAP tersebut tetap terbuka dan menyambut baik cadangan menukar logo serta manifesto pakatan pembangkang yang baharu memandangkan PPBM kini telah menjadi sebahagian daripada mereka.
Kata Guan Eng, Pakatan Harapan juga sebulat suara telah bersetuju untuk melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat jawatankuasa sementara mereka.
Difahamkan bahawa perlantikan tersebut bakal membentuk perpaduan diantara pembangkang dan kedua-dua pemimpin tersebut akan menjadi simbol serta personaliti utama yang memain peranan dalam Pakatan Harapan.
Terdahulu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad mendedahkan bahawa dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan pada Isnin lalu, pakatan pembangkang sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa sementara 18 anggota.
Daripada 18 kerusi yang disediakan tersebut, dua diantaranya telah dikhaskan kepada Dr. Mahathir dan Wan Azizah, manakala 16 baki kerusi yang tinggal tersebut akan dibahagikan sama rata diantara empat parti yang ada. 


DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM

Sekianlah artikel DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/dap-tidak-akan-tunduk-kehendak-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP TIDAK AKAN TUNDUK KEHENDAK PPBM"

Posting Komentar