CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan !

CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan !
link : CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan !

Baca juga


CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan !


KUANTAN: Blogger Cucumatkilau (CMK) hari ini menasihatkan bekas Srikandi  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin cermin diri dulu sebelum beriya-iya mahu tawarkan diri untuk lawan Perdana Menteri, Dato Sri' Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada PRU-14 ini. 

Anina kini sedang aktif mempromosikan pencalonannya untuk kerusi Pekan menerusi laman Facebook beliau. Dia mahu buat tinjaun untuk mendapatkan sokongan penyokongnya tentang hasrat tersebut. 

CMK yang merupakan bekas orang kuat PKR Pahang satu ketika dulu berkata, kedudukan Najib di Pekan sukar digugat oleh mana-mana calon pemimpin besar pembangkang, apatah lagi dengan "insan kerdil" seperti Anina katanya.

"Saya secara peribadi nasihatkan Anina fikir balik tentang hasrat beliau itu. Dia hanya ahli biasa semasa dalam UMNO, tiba-tiba mahu lawan Presiden bekas partinya dulu. Jika dia bekas seroang pemimpin tertinggi UMNO mungkin ada munasabah."

"Saya nampak Anina hanya mahu mencari publisiti murahan untuk mencabar Najib di kerusi tradisinya  itu. Kekuatan Najib di Pekan sukar ditandingi oleh sesiapa pun kerana nama beliau sudah sinonim dengan pengundi di sini. Malah, beliau juga adalah anak kepada bekas Perdana Menteri yang merupakan Ahli Parlimen Pekan terdahulu, iaitu Allahyarham Tun Razak."

CMK turut menasihatkan Anina cuba bertanding dulu di kerusi Parlimen Langkawi, tempat asal beliau. Jika dia menang di situ, barulah berubah angin pada pilihan raya berikutnya untuk melawan Najib di Pekan. Namun jika kalah dan hilang deposit, maka tak guna berkokok untuk menentang Perdana Menteri di kawasan kubu kuat beliau. Ia pasti akan memalukan Anina sendiri sebenarnya. 

"Beliau (Anina) sendiri telah dilucutkan jawatan Ketua Srikandi dari parti barunya (PPBM). Mana mungkin dia boleh menang di Pekan, sedangkan pemimpin sendiri tidak suka kepada beliau yang kononnya terlibat dengan skandal seks. Justeru, elok Anina muahasabah diri dan kenal pasti potensi diri terlebih dahulu daripada berangan-angan menentang Najib. Ini bukan kisah lagenda Mahsuri, ini kenyataan yang wajar diberi perhatian. Jangan buang masa, kumpul kekuatan dulu dalam parti barulah tanam impian dan cita-cita", dakwa CMK lagi. 

Difahamkan, Bekas Senator dan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Datuk Ezam Mohd Nor. turut menyuarakan hasrat bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU-14 ini nanti.  Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Najib menewaskan calon PKR, Mohd Fariz Musa dengan majoriti 35,613 undi. #pdonews


CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan !

Sekianlah artikel CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/cmk-anina-perlu-cermin-diri-dulu-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "CMK: Anina Perlu Cermin Diri Dulu Jika Mahu 'Lawan Najib' Di Pekan !"

Posting Komentar